fbpx

Pekema sokong scrut!!!

Menurutnya, pemilik syarikat dan jurujual tidak seharusnya melihat kewujudan scrut.my sebagai ‘ancaman’ kerana jika urus niaga dilakukan dengan jujur dan telus maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Menurutnya, pemilik syarikat dan jurujual tidak seharusnya melihat kewujudan scrut.my sebagai ‘ancaman’ kerana jika urus niaga dilakukan dengan jujur dan telus maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.

“Pekema memang sokong scrut.my ini kerana dapat bantu pengguna untuk mengetahui keadaan sebenar kenderaan yang mahu dibeli sebelum melakukan pembayaran penuh.

“Jadi tidak dinafikan, ia menjadi faktor untuk menambahkan keyakinan pembeli terhadap sesebuah syarikat jualan kereta import terpakai dan bukan sesuatu yang perlu digusarkan,” katanya.

———Artikel penuh di bawah———

BERPENGALAMAN ditipu kerana membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) dari Jepun yang pernah mengalami kemalangan menjadi antara faktor mendorong dua anak muda ini membangunkan perisian untuk menyemak status kenderaan dari negara matahari terbit itu.

Malah, minat mendalam dalam bidang permotoran selain tidak mahu lebih ramai menjadi mangsa syarikat jualan kereta terpakai yang menjual kenderaan pada harga tidak sama dengan kondisi asal, menjadi insipirasi laman web scrut.my dibangunkan.

Dilancarkan pada 10 Mei lalu, laman web berkenaan dibangunkan dua sahabat iaitu Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin, 33, dan Nik Muhammad Izwan Nik Mohd Kamel, 32, dalam tempoh hanya tiga hari.

Ahmad Aliff berkata, scrut.my boleh mengeluarkan rekod kenderaan terpakai yang dibeli dari Jepun hanya berdasarkan nombor chasis kenderaan berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan kenderaan dari negara berkenaan yang dibawa masuk ke Malaysia dibeli pemilik Permit Import (AP) menerusi syarikat lelongan pada harga tertentu berdasarkan kondisi enjin serta keadaan luar dan dalam kenderaan itu.

“Namun, ada syarikat jualan kereta yang menukar meter perbatuan kenderaan supaya nilai harga yang dijual menjadi lebih tinggi daripada yang sepatutnya.

“Lebih teruk, ada syarikat yang mengklasifikasikan kenderaan yang dijual dengan gred A sedangkan rekod yang diperoleh dari syarikat lelongan di Jepun mendapati kenderaan berkenaan pernah terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurutnya, rekod kondisi kenderaan itu diperoleh daripada pangkalan data syarikat lelongan di Jepun ketika membangunkan satu perisian untuk sebuah syarikat di negara berkenaan.

LAPORAN Harian Metro, semalam.
Katanya, di Jepun terdapat 140 syarikat lelongan yang menjadi pilihan syarikat pengimport kenderaan terpakai di negara ini dan semua data mengenai kenderaan yang dibawa masuk boleh didapatkan pemilik menerusi scrut.my dengan bayaran RM50.

Bagi Nik Muhammad Izwan, scrut.my kini menjadi alternatif kepada pembeli dan pengguna untuk mengetahui status asal kenderaan mereka sekali gus mampu mengelak daripada ditipu syarikat jualan kereta import terpakai.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, ada syarikat kenderaan import terpakai sanggup menukar meter perbatuan menggunakan aplikasi tertentu daripada 148,000 kilometer (km) kepada 18,000 km.

“Jurujual biasanya memaklumkan perbatuan kenderaan yang dijual rendah untuk menyakinkan pembeli bahawa enjin serta kondisi berada dalam keadaan terbaik dan dalam masa sama harga yang ditawarkan secara automatik akan meningkat.

“Disebabkan meter perbatuan boleh ditukar, maka pembeli akan mudah tertipu kerana tiada aplikasi atau prosedur yang dapat memeriksa terlebih dulu semua maklumat yang didakwa jurujual,” katanya yang turut menjalankan perniagaan perisian bersama Ahmad Aliff.

Menurutnya, sejak perisian scrut.my diperkenalkan kepada umum, pihaknya sudah mengeluarkan lebih 5,000 permohonan laporan kenderaan dan rata-ratanya terkejut dengan jumlah perbatuan asal dengan yang dimaklumkan jurujual ketika pembelian.

Katanya, kewujudan scrut.my adalah satu sumbangan kepada masyarakat khususnya pembeli kenderaan terpakai dari Jepun agar tidak terus menjadi mangsa penipuan dan dalam masa sama syarikat tidak terus mengaut keuntungan mudah dengan menawarkan sesuatu yang tidak tepat.

PERSATUAN Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menyokong kewujudan laman web scrut.my kerana disifatkan membantu pengguna yang mahu membeli kenderaan import terpakai dari Jepun.

Presidennya, Datuk Zainuddin Abd Rahman berkata, portal berkenaan bukan sesuatu ancaman kepada syarikat jualan kenderaan import terpakai, malah ia boleh menjadi nilai tambah dalam meyakinkan pembeli.

Menurutnya, pemilik syarikat dan jurujual tidak seharusnya melihat kewujudan scrut.my sebagai ‘ancaman’ kerana jika urus niaga dilakukan dengan jujur dan telus maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.

“Pekema memang sokong scrut.my ini kerana dapat bantu pengguna untuk mengetahui keadaan sebenar kenderaan yang mahu dibeli sebelum melakukan pembayaran penuh.

“Jadi tidak dinafikan, ia menjadi faktor untuk menambahkan keyakinan pembeli terhadap sesebuah syarikat jualan kereta import terpakai dan bukan sesuatu yang perlu digusarkan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan segelintir syarikat dan jurujual yang menipu dalam laporan kondisi kenderaan, Zainuddin mengakui memang wujud perlakuan sedemikian kerana ada yang mahu mengaut keuntungan mudah.
Katanya, jika sesebuah kenderaan yang dibawa mempunyai kondisi yang rendah, harga secara automatik akan turun menyebabkan syarikat dan jurujual terpaksa meminda meter perbatuan selain laporan luaran badan kenderaan untuk menaikkan margin keuntungan.

“Faktor lain antaranya bayaran yang perlu dibayar untuk setiap permit import (AP) berjumlah RM10,000 selain cukai import mengikut kapasiti enjin dan varian. Jadi margin keuntungan semakin mengecil menyebabkan mereka terdesak untuk mendapat keuntungan,” katanya.

Menurutnya, tindakan menukar laporan kenderaan khususnya meter perbatuan ternyata memberi impak daripada segi kepercayaan pengguna kepada syarikat dan jurujual yang jujur menjual kenderaan mengikut kondisi asal yang diperoleh dari Jepun.

rujukan : https://www.hmetro.com.my/…/461516/laman-semak-status-kereta

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/596499164168600?__tn__=K-R