fbpx

Pengumuman harga naik!

Uncle nak kasitau, tahun ini sudah 3 tahun SCRUT wujud. Gaji staff makin naik, anak-anak para pekerja pun makin bertambah dan membesar.

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,

Uncle nak kasitau, tahun ini sudah 3 tahun SCRUT wujud. Gaji staff makin naik, anak-anak para pekerja pun makin bertambah dan membesar.

Setelah 3 kali pihak pengurusan

bermusyawwarah. Akhirnya, kami semua bersepakat dan bersetuju untuk menaikkan harga servis SCRUT iaitu :

1. SCRUT Report. (Dipanggil auction report atau inspection report.) Daripada UK, Jepun dan Sii.

2. SCRUT Integrity Inspection. (Sii)

3. Japanese Registration Certificate. (JRC)

SCRUT Report

Harga sekarang RM50/report akan naik kepada RM60. Justifikasi kenaikan adalah kerana harga USD naik dan segala kos support yang dibayar juga naik, termasuk gaji Uncle. Server, hosting dan lain-lain server kebanyakannya juga dibayar di dalam USD.

Justifikasi Uncle Awang :

Kita nak beli kereta ratus ribu, bayar selama 5 ke 9 tahun. Apalah sangat RM60 tu. Tapi kalau korang bijak, korang suruh seller yang beli report tu. Komisen salesman pun ribu-ribu. Takat RM60 tu apalah sangat. Then suruh dia list dalam SCRUT Listing tu. Baru kita tau report tu bukan fake.

SCRUT INTEGRITY INSPECTION (Sii)

Harga sekarang RM150 adalah memang harga promo sebab kami masih mengkaji dan mem-validate sistem, SOP dan flow. Harga asal dalam kira-kira adalah RM350 sebenarnya.

Masa buat RM150 tu memang orang cakap murah. Ya, memang murah. Dengan 2 jam inspection, test drive dan cucuk OBD, siap ada consultation lagi! Ada pihak lain sembelih sampai RM800 ke RM1200, takda system. SCRUT ada system ma!

Pada Uncle ok je. Daripada seller sibuk nak bagi free gift, baik bawa ke SCRUT untuk buat inspection. Bagi buyer puas hati. Justifikasi Uncle sama juga macam dekat atas, kita nak pakai lama, nak bayar lama, harga kereta bukan murah, apalah takat RM350 untuk puaskan hati. Betul tak?

Selama ni ramai je yang sanggup bayar even RM350 dan tunggu 7 hari untuk dapatkan JRC (Japanese Registration Certificate). Kan?

Harga Sii akan kembali kepada harga sebenar iaitu RM350.

JAPANESE REGISTRATION CERTIFICATE (JRC)

JRC juga akan naik harga dek kerana runner di Japun ambil bayaran dalam USD kepada RM420.

BILA HARGA AKAN DINAIKKAN?

Mulai 6/6/2022, harga servis-servis berikut akan dinaikkan.

SCRUT Report – *RM60*

Sii – *RM350*

JRC – *RM420*

(Beli credit banyak akan murah lah sikit since sistem SCRUT pakai credit untuk meraikan orang yang nak pakai servis SCRUT banyak kali.)

CADANGAN UNCLE AWANG UNTUK HARI INI

Since harga akan naik pada 6/6 nanti. Korang belilah credit masa harga belum naik ni. Topup dulu credit banyak-banyak sebelum harga naik. Itulah cara Uncle trick the system.

Apa-apa pun, Uncle nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan kalian. Roh-roh marhaen seperti korang yang menghidupkan SCRUT, insyaAllah SCRUT sedang diusahakan untuk menjadi milik public nanti.

Ingat, get SCRUT before WE get SCREWED!

SCRUT for the TRUTH!

😉

Sekian,

Uncle Awang

Pengurus Komunikasi SCRUT

Tua, comel dan masih gagah! Aum!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1348452175639958