fbpx

Perkara anda perlu tahu jika kereta tenggelam banjir

Memang banjir di Selangor ni tak disangka teruk seperti ni. Banyak kawasan yang terkesan seperti di Shah Alam, Cheras, Puchong, Hulu Langat dan banyak lagi.

Memang banjir di Selangor ni tak disangka teruk seperti ni. Banyak kawasan yang terkesan seperti di Shah Alam, Cheras, Puchong, Hulu Langat dan banyak lagi.

Alhamdullilah, banyak kawasan yang dah surut tapi ada lagi tempat-tempat yang masih teruk. Kami di Scrut Auto mendoakan supaya urusan mereka dipermudahkan dan semoga cuaca lebih baik inshaAllah.

Memang sedih tengok keadaan mereka. Kami juga faham ramai mangsa banjir yang risaukan kenderaan mereka.

Kalau kereta anda ditenggelami banjir, ini perkara yang anda kena ambil tahu untuk kurangkan kos kerosakan yang boleh cecah sampai beribu-ribu ringgit.

1. Jangan ON enjin

Kalau betul sayang kereta, jangan buat benda ni! Kereta yang dah tenggelam habis, ruang kabin dengan enjin semua mestilah dah terkena air termasuk electrical parts. Nanti ada ‘short circuit’ kalau degil nak on enjin.

Enjin dan gear kereta pun ada risiko untuk rosak sebab dah tenggelam banjir. Biar kereta kering dulu dan panggil tow-truck untuk tarik ke bengkel.

.

2. Tengok paras air

Bila banjir dah surut, kita boleh lah tengok periksa air pada badan kereta. Disebabkan banjir ni biasanya air berwarna coklat ataupun berlumpur, jadi agak mudah untuk kita periksa.

Dengan tengok paras air ni, kita boleh nilai kerosakan kereta. Sama ada seluruh kereta dah tenggelam ataupun mungkin bahagian enjin sahaja yang terkena.

.

3. Cabut bateri

Kita buka hood kereta untuk cabut kepala bateri supaya kerosakan electrical parts yang lebih teruk boleh dielak. Electrical parts seperti ECUs dan Control Modules sebab masih boleh digunakan jika dah betul-betul kering.

Boleh elak dari tanggung rugi beribu-ribu ringgit!

Untuk masa akan datang, kalau anda memang duduk di kawasan yang banjir, boleh cabut siap-siap kepala bateri sebelum kereta tenggelam banjir.

.

4. Check enjin dan gearbox

Guna dipstick untuk tengok sama ada tahap minyak enjin dan gear dah melebihi maximum level. Jika dah lebih, maksudnya enjin dah memang masuk air.

Kalau minjak enjin dan gear dah bercampur, kita kena lakukan flushing. Pomen akan tolong keluarkan semua petrol yang dah bercampur air dalam tangki tu sebelum ganti dengan minyak baru.

Ini untuk elak dari kerosakan yang besar daripada berlaku.

.

5. Cuci kereta dan keringkan komponen

Mula-mula kita kena cabutkan komponen-komponen kereta macam radio, speaker dan sebagainya.

Untuk cuci kereta, biar pakar sahaja yang buat ya. Ada beberapa bahagian yang tak boleh dicuci dengan semburan air macam tu je seperti air filter dan penutup minyak pelincir.

Untuk car seat pula, sudah tentu lah ada banyak kesan lumpur dan kalau nak cuci sendiri memang tak hilang kesan kotor dan bau! Jadi, lebih baik hantar ke tempat yang pakar cuci cushion kereta.

Kereta ada bunyi pelik-pelik? Hantar ke Scrut Auto je!

Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang

📞01116222987

☎️0342665556

📩Booking Online for Service :

https://sepana.net/b/ghvnA

📍SCRUT AUTO SDN BHD

232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,

Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/432092821796234