fbpx

Pernah dengar kereta scrap Singapore?​

Kereta scrap Singapore ni ada yang panggil kereta klon. Dekat Singapore, kereta yang dibeli kena tanda tangan Certificate of Entitlement (COE).

Kereta scrap Singapore ni ada yang panggil kereta klon. Dekat Singapore, kereta yang dibeli kena tanda tangan Certificate of Entitlement (COE).

COE ni valid untuk 10 tahun. Lepas daripada 10 tahun akan lupus. Kalau nak renew kos tinggi. Jalan mudah kereta terus dijual scrap​

Dekat Malaysia ni kita tak boleh import kereta daripada jiran terdekat. Contohnya Singapore & Indonesia. Tujuannya untuk elak ganggu market value kenderaan tu.​

Kalau anda sebiji kereta singapore bawa masuk Malaysia dan dijual, transaksi itu tak sah. Kereta scrap Singapore ni boleh bawa masuk sebagai alat ganti je.

MACAM MANA BOLEH LEPAS JUAL DEKAT MALAYSIA?*

Penjual akan jual bawa masuk dan cari model dan warna kereta sama untuk klon kan.​ Kemudian, ,ereka akan padankan no plate, siap hidupkan roadtax​

Tapi mereka akan pilih untuk klonkan kereta Singapore tu dengan kereta jauh dari tempat klon. Contoh Negeri Sembilan dengan Perlis. Supaya susah kantoi. ​

RISIKO PAKAI KERETA KLON

Biasanya memang boleh lepas roadblock tapi kalau kemalangan, insurans tak sah sebab kereta tu tadi tak berdaftar dengan JPJ. Bila semak no chasis dah kantoi. Jadi apa-apa tuntutan tak boleh di guna pakai.​

Tapi sepandai-pandai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga! Sebab kalau nasib tak baik ada kereta klon yang polis dah shortlist dan cari. ​

Moralnya jangan beli kereta klon walaupun boleh dapat Nissan GTR bawah RM50K. Semak betul-betul kereta sebelum beli. Tak nak nanti kena tahan tiba-tiba pula, rupanya selama ni pakai kereta klon. ​

Patuhi undang-undang. Belilah kereta second ke kereta recond, asalkan bukan klon. Janji scrut dulu!​

SCRUT for the TRUTH!

1. Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1170030843482093