fbpx

Pertubuhan kebajikan rumah bonda jangan jadi “Syaitan Bisu!!

Menurut laporan, Rumah Bonda diasaskan oleh Syed Azmi, Siti Bainun dan beberapa rakan mereka. Syed Azmi ialah seorang aktivis kanak-kanak dan Siti Bainun ialah Puteri Umno.

Menurut laporan, Rumah Bonda diasaskan oleh Syed Azmi, Siti Bainun dan beberapa rakan mereka. Syed Azmi ialah seorang aktivis kanak-kanak dan Siti Bainun ialah Puteri Umno.

Syed Azmi menjadi pengasas dan penasihat Rumah Bonda, manakala Siti Bainun menjadi pengasas dan pengurus Rumah Bonda . Siti Bainun ini baru berusia 28 tahun, dia lahir tahun 1992.

Ketika adik Bella ditemui, dia berada di rumah Siti Bainun dalam keadaan yang sangat dahsyat yang Uncle pasti adalah didera. Siapa yang dera? Uncle taktau! Bagaimana Bella boleh berada dalam rumah Siti Bainun?

Kenapa tiada laporan polis dibuat sebelum ini jika Bella didera oleh orang lain? Adakah Bella selama ini di bawah jagaan Rumah Bonda? Adakah lokasi video yang viral itu di rumah Siti Bainun seperti yang dilaporkan dalam laporan polis dalam posting yang Uncle share tadi.

Uncle difahamkan yang Siti Bainun telah menghantar LOD kepada whistleblower untuk menggertak dan mendiamkan masyarakat. Syed Azmi pula, secara tiba-tiba whatsapp/FBnya dihack dan menghilangkan diri.

Hairan bin ajaib. Semuanya ghaib!

#JUSTICE4Bella

#JusticeForBella

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1135736573578187