Ibn al-Qayyim pernah mengingatkan bahawa nilai sebenar Ramadan terletak pada penghujungnya.
Beliau menjelaskan bahawa amal manusia dinilai berdasarkan penutupnya. Kerana itu, orang beriman yang memahami hakikat Ramadan tidak akan menjadi lemah apabila bulan ini hampir berakhir.
Sebaliknya mereka semakin kuat beribadah.
Apabila manusia lain mula letih, mereka bangkit pada malam hari. Apabila manusia lain mula lalai, mereka memperbanyakkan doa dan istighfar.
Kerana mereka tahu bahawa di antara malam-malam terakhir ini tersembunyi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Sepuluh malam terakhir bukan masa untuk berehat. Ia adalah garisan penamat bagi orang beriman.
Dan orang yang benar-benar mencari redha Allah akan berlari paling kuat di penghujungnya.
Original post: https://www.facebook.com/reel/917626814351455
You must be logged in to post a comment.