fbpx

Polis lambat mohon reman tambahan?

Benarkah. Entah. Uncle tak pasti.

Benarkah. Entah. Uncle tak pasti.

Yang mendakwa sebegitu pun takda kasi hitam putih dan bukti apa-apa.

Sekadar berkata,

“Difahamkan..”

“Menurut rakan peguam..”

Jadi, alasan reman ditolak masih samar. Uncle balik ke hukum asal iaitu reman ditolak majistret. Kalau ada bukti hitam putih, kita boleh blame siapa yang jadi punca tu.

Kawan Uncle seorang polis di Wakanda dulu pernah complain pasal majistret-majistret di sana. Dia kata, di Wakanda IO payah nak dapat reman sambungan bila ada lawyer wakili suspek.

Sebabnya..

1. Lawyer suspek kawan majistret masa di law school.

2. Lawyer suspek senior/mentor majistret masa majistret bekerja di AGC.

3. Lawyer suspek kenal majistret.

Tapi itu di Wakanda lah. Di Malaysia, alhamdulillah. Majistret kita jujur, amanah tabligh, dan fatanah! Buat naya kucing pun majistret kita kasi reman gang!

Ohya, teringat Uncle pengalaman Uncle ditahan di Wakanda, uncle nak kena reman, lawyer uncle terus check siapa majistret di sana, lepas dia dapat tahu siapa..

Dia cakap,

“Rilex Uncle, the magistrate is my junior during my law school time, I have called him just now. He will dismiss the police submission for your remand..”

Alhamdulillah. Uncle tak kena reman. Tau apa salah Uncle? Uncle jual belacan di Wakanda.

Ah, kenangan indah di Wakanda. Alhamdulillah, Malaysia masih adil dan aman. Sehingga haiwan mendapat keadilan..

Alhamdulillah.. Syukur..

Uncle Awang,

Wakanda Darul Reman.

Wakanda Forever!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1141400279678483