fbpx

Rasa ditipu? Marah? Nak ambil tindakan undang-undang? Baca dulu 5 perkara tulisan seorang peguam di bawah.

5 PERKARA YANG ANDA PERLU & BOLEH LAKUKAN BILA TERASA DIRI ANDA DITIPU

5 PERKARA YANG ANDA PERLU & BOLEH LAKUKAN BILA TERASA DIRI ANDA DITIPU

Ramai daripada kita yang ditipu salesman ketika membeli kereta recond.

Antara situasi yang sering berlaku ialah mileage dashboard 17,000, tapi bila semak guna apps Scrut sebenarnya dah 126,000!

Salesman pula kata;

“Kereta ini tiptop, orang Jepun pakai cermat, mileage rendah, you tengok pun tahu macam baru. Orang Jepun tak ada tipu punya!”

Bila check apps Scrut report, naik remark R maknanya kereta tu pernah kemalangan di Jepun sebelum ni.

Jadi apa yang patut anda lakukan apabila ditipu?

1. Buat laporan polis

Laporan polis ini hanya dibuat untuk merekodkan kejadian penipuan ke atas anda. Kebiasaannya kes ini tidak jatuh ke dalam kategori jenayah, jadi pihak polis selalunya enggan campur tangan kerana kes ini melibatkan kontrak di antara dua pihak.

2. Tentukan Nilai Tuntutan

Berapakah nilai kereta recond yang anda beli tersebut? Anda boleh buat tuntutan berdasarkan nilaian kereta tersebut ketika dibeli.

Saman boleh dibuat ke Mahkamah Majistret sekiranya tuntutan anda bernilai RM5,000 ke atas.

Namun, adalah dinasihatkan untuk saman hanya dibuat sekiranya tuntutan bernilai RM10,000 dan ke atas supaya tuntutan yang anda buat itu berbaloi kerana anda perlu bayar peguam juga!

3. Hantar Notis Tuntutan (Legal Notice of Demand) kepada Si Penipu

Anda boleh arahkan peguam anda untuk tulis Notis Tuntutan kepada si Penipu untuk gertak dia. Amaran dibuat supaya si penipu buat bayaran dalam tempoh 7 atau 15 hari.

Notis Tuntutan ini adalah peringkat awal sebelum Saman dibuat. Sekiranya tiada penyelesaian dicapai, maka tindakan seterusnya ialah Saman si penipu ke Mahkamah.

4. Pastikan Elemen-Elemen Misrepresentasi (Salah Nyataan) itu Wujud di dalam Kes Anda

Terdapat tiga elemen utama di dalam kes misrepresentation berdasarkan seksyen 18 Akta Kontrak 1950:

i. Pernyataan yang dibuat adalah mengenai fakta yang salah;
ii. Pernyataan ditujukan kepada mangsa; dan
iii. Pernyataan tersebut telah mempengaruhi mangsa membuat keputusan untuk memasuki kontrak tersebut.

Jadi anda perlu buktikan bahawa kata-kata atau perbuatan salesman yang salah dan menipu itu telah membuatkan anda beli kereta recond tersebut.

Sekiranya kesemua elemen ini dipenuhi, maka baru anda boleh yakin nak saman si penipu!

5. Tuntutan yang boleh dibuat di Mahkamah

Apabila peguam anda berjaya membuktikan bahawa terdapatnya “fraudulent misrepresentation” (bahawa si penipu memang tahu apa yang dia bagitahu anda itu kelentong belaka), maka anda boleh memohon kepada Mahkamah Damages (Ganti rugi) yang mana Mahkamah akan tentukan jumlah ganti rugi tersebut.

Sekiranya si penipu itu berjaya buktikan bahawa ia adalah satu innocent misrepresentation/honest mistake, maka Mahkamah akan memerintahkan satu rescission (iaitu anda akan dikembalikan kepada keadaan asal anda iaitu wang yang anda bayar untuk membeli kereta recond itu hendaklah dikembalikan semula kepada anda).

Itu sahaja secara ringkasnya, dah sedia nak saman orang? ?

Sesiapa yang berminat untuk mengambil tindakan setelah rasa ditipu oleh penjual kereta recond? Boleh hubungi peguam Tuan Junaidi Mohamad.

https://www.facebook.com/junaidi.mohamad.12

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/588776481607535?__tn__=K-R