Kita asyik cerita pasal auction report kereta recond Jepun je.
Kalau recond UK, report nya macam mana? Kalau recond UK, anda akan dapat report MOT [Ministry of Transportation] dan lebih senang nak faham sebab dalam Bahasa Inggeris.
MOT Report ni lebih detail dari auction report Jepun.
—
APA ADA DALAM MOT REPORT UK?
1. Stolen Check
Kalau kereta tu pernah kena curi, mereka akan nyatakan di dalam report. Kalau tak pernah, dia akan tulis ‘Not Stolen’.
.
2. Insurance Write-Off
Write-off ni bila kereta rosak teruk disebabkan kemalangan dan akan transfer ownership kepada syarikat insurans.
Kereta yang bukan total loss pun boleh ada write-off sebab kerosakan tu membahayakan pemandu atau kos nak repair tu lebih mahal dari nilai kereta.
Jadi, syarikat insurans akan repair kereta dan jual kepada customer baru.
.
3. Mileage Record
Macam biasalah, kalau beli kereta yang dah terpakai ni mestilah nak tahu bacaan mileage kereta. Rekod untuk setiap tahun akan ada dalam report selepas kereta dibawa untuk inspection wajib.
.
4. Outstanding Finance
Yes, financial status kereta pun ada boleh tahu! Kita boleh tengok kalau masih ada outstanding finance.
Kalau ada outstanding, maksudnya owner sebelum tu masih belum bayar habis kereta tu sebelum dijual.
.
5. Colour Changes
Dalam report akan nyatakan kereta warna apa dan kalau ada pertukaran warna. Dari hijau ke oren ke. Mungkin owner lama suka repaint kereta ke kan.
.
6. Plate Changes
Kereta yang dah banyak kali tukar nombor pendaftaran pun akan dimasukkan dalam report.
.
7. Keeper Changes
Berapa orang owner kereta sebelum dijual dan berapa lama mereka gunakan kereta.
Contoh: 1 Keeper, Purchased on 20/04/2014, Ownership Length for 5 years.
Kalau kereta asyik bertukar owner dan jangka masa ownership pun pendek, mungkin kereta tu bermasalah dan orang tak nak pakai lama.
.
8. Vehicle Details
Semua detail pasal kereta akan ada dalam report. Antaranya, saiz enjin, tahun kereta dikeluarkan, model kereta, berapa pintu, jenama, auto atau manual, berapa seat dan jenis fuel.
.
9. Technical Specification
Kalau tadi detail pasal kereta, yang ni dari teknikal pulak. Berapa lebar, tinggi, panjang kereta.
Tangki minyak berapa liter dan maksimum kelajuan berapa. Power dan tork kereta pun dinyatakan jugak. Ada berapa silinder, valve dan lain-lain.
.
10. MOT History
Berapa banyak kali kereta dah masuk MOT pun anda boleh tengok. Setiap kali masuk MOT, result ujian pun dinyatakan kalau lulus atau gagal. Masalah kereta yang ada pun akan ditulis secara detail.
Ada beberapa lagi perkara lain akan diperiksa oleh MOT dan dimasukkan ke dalam MOT report ni. Memang sangat detail!
Kalau dealer ada bagi report MOT, sebagai langkah berjaga-jaga pastikan anda SCRUT dulu!
1. Nak check auction report kereta recond?
2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?
3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?
4. Nak SCRUT company?
Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1140334459785065