fbpx

Report scrut diragui KPDNHEP? Mamanda menteri, tolong ambil perhatian..

Lebih kurang satu tahun YB telah duduk di tampuk tertinggi dalam Kementeri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kami kira, sebagai bekas pembangkang sebelum ini, sudah pasti YB ingin melakukan perubahan besar buat majoriti rakyat yang telah memilih YB dalam PRU yang lalu.

BACA SAMPAI HABIS!

Surat Terbuka Buat YB Saifuddin Nasution, Menteri KPDNHEP.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum YB,

Lebih kurang satu tahun YB telah duduk di tampuk tertinggi dalam Kementeri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kami kira, sebagai bekas pembangkang sebelum ini, sudah pasti YB ingin melakukan perubahan besar buat majoriti rakyat yang telah memilih YB dalam PRU yang lalu.

Kami percaya aspirasi Malaysia Baharu adalah untuk memastikan rakyat sebagai pengguna tidak terus dizalimi dan dikhianati oleh para kapitalis yang telah berkuasa sekian lama memeras dan menipu pengguna, terutama sekali dalam industri kereta recond negara.

Suka saya mengingatkan YB, kesenangan, keselesaan, keistimewaan, gaji yang besar dan kedudukan yang tinggi YB miliki sekarang adalah hasil usaha dan pilihan majoriti rakyat yang mengharapkan perubahan dalam hidup mereka. Jadi, besar harapan kami untuk melihat perubahan itu dikemudi oleh YB dalam hal ehwal kepenggunaan.

YB yang berkhidmat untuk rakyat,

Tahukah YB yang industri kenderaan recond telah lama mengkhianati rakyat sebagai pengguna dengan pelbagai tipu helah. Mereka menipu dokumentasi, tahun pengeluaran dan spesifikasi, kondisi dan bacaan odometer, lebih menyedihkan kenderaan yang telah terlibat dengan kemalangan juga dijual kepada pengguna di Malaysia!

Sehinggalah kami, Scrut.My muncul untuk mengimbangi penipuan yang sudah menjadi standard industri. Kami telah menyediakan khidmat mendapatkan “inspection report” dari negara asal kenderaan itu diimport. Kemunculan kami sedikit sebanyak membantu pengguna mendapatkan kebenaran tentang kenderaan yang mereka mahu beli atau yang telah mereka miliki. Mengetahui adakah hak mereka sebagai pengguna telah dikhianati atau tidak.

Menurut laporan yang kami terima daripada pengguna Scrut.my, kami diberitahu yang pihak KPDNHEP seolah-olah tidak menyambut baik perjuangan mangsa-mangsa penipuan kapitalis-kapitalis kenderaan recond. Sama ada mereka (pegawai KPDNHEP) ini tidak tahu atau buat-buat tak tahu tentang masalah yang sudah berkurun lama ini. Menurut mangsa, pegawai KPDNHEP sendiri mempertikaikan dan meragui laporan yang pihak Scrut.my keluarkan.

YB yang menjaga hak pengguna,

Biarlah kami jelaskan, inspection report yang kami keluarkan adalah disediakan oleh 140 auction house dari seluruh Jepun. Majoriti kenderaan recond dari Jepun adalah melalui auction house. Mereka tiada apa-apa kepentingan langsung terhadap laporan yang mereka keluarkan kerana dengan laporan itulah para pembeli menilai keadaan kenderaan yang hendak dibeli (dibida).

Menjadi amalan masyarakat Jepun, kenderaan yang mereka ingin jual akan dihantar ke auction house. Setibanya di sana, pegawai inspection di auction house akan terus memeriksa kenderaan yang ingin dijual. Segala informasi dan kondisi tentang kenderaan tersebut akan dicatatkan, setelah diberi gred, barulah kenderaan tersebut akan diiklankan secara online di dalam sistem mereka untuk dibeli (dibida) oleh pembeli (pembida) dari seluruh dunia termasuk AP Holder dari Malaysia.

Jadi segala penipuan dokumen dan kondisi kenderaan adalah dilakukan setelah kenderaan yang dibeli (dibida) dimiliki (dibayar) AP Holder. Mengatakan laporan dari Scrut.My diragui adalah sebuah kejahilan dan kesimpulan singkat yang sangat dangkal dari mereka yang berada dalam kementerian yang sepatutnya membela hak pengguna.

Mengatakan pihak di Jepun yang menipu pula sangat janggal kerana jika mereka mahu menipu, sudah pasti dari seawal inspection dibuat sudah mereka tipu. Sudah pasti segala informasi dalam inspection report sama sahaja dengan apa yang diperkatakan oleh penjual di Malaysia bukan?

Tidak apa YB,

Pihak kami telah bejaya mendapatkan dokumen dari pihak kerajaan Jepun bagi mengesahkan segala penipuan yang berlaku di Malaysia. Data tersebut adalah “Export Certificate” yang asli dari pihak “JPJ” negara Jepun.

Jadi, kami mengharapkan pihak YB akan menggunakan kuasa dan hubungan G-to-G antara 2 negara untuk pihak YB melakukan validasi terhadap dokumen yang kami sediakan. Supaya dokumen yang kami sediakan nanti boleh dijadikan bahan bukti untuk membela nasib pengguna yang dirompak hak mereka.

Perlu kami tegaskan kepada YB menteri segala dokumen yang dikeluarkan pihak autoriti atau ejensi dari Malaysia adalah diambil dari dokumen atau kondisi yang sudah diubah keadaan sebenarnya. Jadi segala dokumen yang dikeluarkan dari Malaysia adalah tidak boleh pakai!

YB menteri yang kami percaya berjiwa rakyat,

Tujuan surat terbuka ini ditulis bukan sekadar untuk mendapatkan perhatian YB menteri dan kementerian, di dalamnya juga sarat dengan informasi buat para pembaca yang membaca. Kami berharap jiwa rakyat YB menteri masih utuh walaupun kini sudah dikelilingi ramai setiausaha dan pengawal keselamatan.

Akhir kalam,

Kami berharap YB mengambil perhatian terhadap masalah ini dan memilih untuk berpihak kepada rakyat sebagai pengguna. Sudah terlalu lama industri ini membuli dan mencabuli hak kepenggunaan rakyat Malaysia. Sudah sampai masanya reformasi dimulakan.

Pihak kami sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada YB jika YB memerlukan khidmat kami. Kami akan terus kekal sebagai independent third party yang akan menjadi entiti check and balance untuk industri ini. Walaupun diri kami diancam bahaya.

Sekian, terima kasih.

Get SCRUT before WE get SCREWED!

www.scrut.my

Aliff Ahmad & Nik Izwan

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/612988822519634?__tn__=K-R