Saudara Afyan Mat Rawi telah membuat teguran seawal tahun 2016 lagi tentang cara marketing yang misleading atau tunggangan yang tidak menepati syariah.
Zaman itu mereka menunggang agama melalui sijil patuh syariah. Perlu diingatkan ya, kami tak pernah kisah pasal tunggang-tunggang ni asalkan apa yang ditunggang itu ada hujah yang menyokong.
Kini, arus #BMBF sedang hangat, bangsa ONEXOX datang menyerang dengan slogan mereka syarikat Bumiputera dan 100% Bumiputera. Jika patuh syariah mereka ada sijil, taraf Bumiputera mereka tidak ada sijil.
Bahkan hasil carian SSM juga membuktikan pemilikan saham Bumiputera tidak majoriti. Secara teori dan definisi standard mestilah sekurang-kurangnya melebihi 51%. Jadi marketing tunggang Bumiputera adalah sangat misleading.
Cuba kawan-kawan screenshot kempen-kempen bangsa Onexox yang mengaku syarikat Bumiputera atau 100% Bumiputera untuk tujuan marketing. Hantarkan kepada Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Uzar) dan bertanya,
“Adakah marketing misleading sebegini patuh syariah sedangkan Onexox tidak mempunyai sijil taraf Bumiputera dan hanya 40% saham milik Bumiputera? Mohon penjelasan ustaz..”
Sekian, sila rujuk link yang ditulis Saudara Afyan Mat Rawi dibawah.
SCRUT, before you get SCREWED!
Ditulis oleh,
Maulana SCRUT
“Penunggang Agama No34!”
www.scrut.my
Rujuk: https://www.facebook.com/afyan.ifp/photos/a.1683140941969520/1786234424993504
Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/655738304911352