fbpx

Rupanya drive shaft dah nak kong!

Kereta buat hal ada buat bunyi ‘ketak..ketak…ketak’, memang seram!

Kereta buat hal ada buat bunyi ‘ketak..ketak…ketak’, memang seram!

Biasa bawak kereta 100km/j smooth je. Tapi ni bawak baru 80km/j, tayar dengan steering sekali bergegar. Rasa macam nak roboh dah kereta ni!

Ni mungkin tanda-tanda drive shaft rosak.

“Drive shaft ni apa? Saya tahu bawak kereta je, bab komponen kereta sorry saya tak tahu.”

Kalau kereta dah berbunyi-bunyi tu, kena rajin la ambil tahu!

Ada orang panggil drive shaft – aci pemacu. Aci ke tak aci?

Drive shaft ni menghubungkan power enjin untuk hantar ke tayar. Kalau motosikal, drive shaft tu boleh samakan dengan rantai motosikal. Itu ler fungsi nya.

TANDA-TANDA DRIVE SHAFT ROSAK

1) Ada bunyi masa belok atau buat U-turn

Biasanya kalau nak membelok ke kiri ke kanan, mesti ada bunyi dekat belah depan kereta. Macam ada benda bergoyang-goyang. Sama jugak masa nak buat U-turn.

Kalau jalan tu straight, bunyi tu akan hilang. Tapi.. bunyi tu akan datang balik kalau bawak laju. Contoh, bawak kat jalan highway yang straight, tak kan nak bawak slow kot! Come on la.

.

2) Ada bunyi bila kereta baru nak bergerak atau berhenti

Bila tekan minyak, ada bunyi atau rasa benda bergoyang masa kereta baru gerak, baru nak pick-up.

Atau, masa nak berhenti kat traffic light merah. Dari laju tiba tiba brek nak berhenti, bunyi seram tu ada jugak.

MACAM MANA NAK JAGA DRIVE SHAFT?

Simple. Belok ke kiri atau kanan dan buat u-turn dengan penuh sopan. Jangan pusing sampai hentak habis pusingan stereng.

Jangan laju-laju macam kena kejar pulak!

Kadang-kadang tu periksa jugak la drive shaft tu. Pastikan rubber boot tak koyak atau pecah. Kalau dah rosak lepas tu biar je, nanti drive shaft tercabut baru tahu!

Meh hantar kereta ke Bengkel Scrut Auto!

Semua jenis kereta kami boleh buat.

Isnin – Sabtu: 8.30 pagi sampai 5.30 petang

?01116222987

☎️0342665556

?Booking Online for Service :

https://sepana.net/b/ghvnA

?SCRUT AUTO SDN BHD

232, Lorong Auto Nibong Taman U-Thant,

Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/260514385620746