fbpx

Rupanya kena tipu kereta recond!

ADMIN
in SCRUT Tips
Apr 1 ยท

Dah nak seminggu pakai kereta recond yang baru beli ni, tiba-tiba tergerak hati nak SCRUT!

Dan sebenarnya… saya DITIPU!

Dalam report dealer bagi bacaan 10,000km tapi bila SCRUT, mileage sebenar ialah 30,000km! Dealer cakap gred 4.5 tapi sebenarnya kereta pernah eksiden.

APA NAK BUAT KALAU DAH DITIPU DEALER?

1. Laporan polis

Kena buat juga laporan polis walaupun bukan kes jenayah. Ini untuk pastikan yang ada rekod penipuan dealer tu.

.

2. Berapa nak tuntut?

Nilai tuntutan ni berdasarkan harga kereta recond yang anda beli.

Di Mahkamah, anda boleh tuntut sampai RM5000. Tapi, adalah lebih berbaloi kalau tuntutan yang anda nak buat tu bernilai lebih dari RM10,000.

Kenapa? Sebab anda kena bayar peguam jugak. Jadi, pastikan harga kereta tu berbaloi untuk buat tuntuan dulu!

.

3. Legal Notice of Demand

Peguam boleh hantar amaran pada dealer yang menipu tu untuk bayar nilai tuntutan dalam tempoh tertentu dari 7 hingga 15 hari.

Kalau tak ada jawapan atau action dibuat oleh si penipu, anda boleh saman untuk bawa kes ke mahkamah pula.

.

4. Misinterpretation

Berdasarkan Seksyen 18 Akta Kontrak 1950, kes salah nyataan (misinterpretation) kena ditujukan kepada anda, mengandungi fakta yang salah dan mempengaruhi keputusan anda untuk beli.

Ataupun, mana-mana bukti yang menunjukkan penipuan oleh dealer.

.

5. Tuntut di Mahkamah

Bila peguam dah buktikan dealer ada buat penipuan, anda boleh mohon ganti rugi dari dealer. Nilai ganti rugi akan ditentukan oleh mahkamah.

Tapi, kalau dealer mengaku tak bersalah dan berjaya berlakon untuk jadi innocent, anda kena pulang semula kereta dan dealer akan pulang duit anda balik.

.

Jangan biarkan dealer terlepas sebab dia akan teruskan menipu orang lain pula.

Siapa je suka kena tipu kan?

1. Nak check auction report kereta recond?

www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

SCRUT for the TRUTH

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1068826660269179

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with