fbpx

SCRUT aRMy – Hero Masyarakat Yang Bakal Digeruni Kapitalis Kereta Terpakai!

Admin
in Uncategorized
Jun 30 ·

Kalian semua tahu kan yang industri kereta terpakai ini sangatlah dodgy. Kereta total lost hidup balik, kereta accident claim tiptop condition accident free, lady’s and haji’s owner.

Hakikatnya, semua sudah dikautim. Yang jadi mangsa siapa?

Kita semua!

Kita semua rakyat marhaen. Kita semua masyarakat kelas bawahan yang ditindas oleh korupsi. Daripada autoriti, insurance company, sampailah kepada penjual kereta.

Betul tak?

Jadi, SCRUT mengambil inisiatif untuk mewujudkan pengkalan data secara crowd sourcing dengan menjemput kesemua masyarakat yang cintakan keadilan dan bencikan penindasan untuk bersama-sama SCRUT mengumpul data kemalangan.

SCRUT akan membangunkan AI untuk mengenal pasti kereta kemalangan dan tahap kemalangan. Justeru, SCRUT memerlukan data sebenar untuk dianalisis dan dilatih supaya sistekm SCRUT AI semakin bijak.

Sesiapa sahaja boleh jadi SCRUT aRMy!

Kerjanya mudah sahaja. Jika kalian ternampak kemalangan, berhenti dan tangkap gambar kenderaan tersebut pada 4 sisi kereta tersebut. Kemudian submit ke sistem SCRUT. SCRUT aRMy akan dibayar sebanyak RM5 untuk 1 kes. Siapa cepat, dia dapat.

Selain masyarakat yang bersama-sama SCRUT, callman-callman atau abam-abam longkai, anggota-anggota polis trafik juga boleh jadi SCRUT aRMy. Hanya perlu submit sahaja gambar-gambar kereta kemalangan.

So, kalian bakal jadi hero di masa akan datang. Dalam masa yang sama, kalian juga dapat upah kerana bersama-sama SCRUT menyelamatkan masyarakat daripada ditipu dan dizalimi kapitalis kereta terpakai.

Kalau nampak kereta accident, kalian berhenti tolong snap dan submit ke SCRUT aRMy di https://army.scrut.my/ ..

Boleh tak SCRUT aRMy sekalian? Tolong sampai-sampai kepada rakan-rakan kita yang lain..

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02p23kCbjBoxeKE5cE4LiizeYiXorkMrrKHL8Xfi9hzE1bmuNtBjpQr98QP6BvB5Yl

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with