fbpx

SCRUT for MARHAEN!

Tahun pertama SCRUT lahir, keuntungan yang dapat kami keluarkan geran #SCRUT4Startup untuk anak-anak muda yang memerlukan seed funding untuk membangunkan projek Startup mereka.

Tahun pertama SCRUT lahir, keuntungan yang dapat kami keluarkan geran #SCRUT4Startup untuk anak-anak muda yang memerlukan seed funding untuk membangunkan projek Startup mereka. Tahun ke-2 ini, kami telah sepakat untuk keluarkan keuntungan untuk geran kecemasan buat marhaen yang memerlukan.

Kami faham, kami tahu, bukan semua orang yang bernasib baik. Bukan semua orang ada NGO yang backup mereka, bukan semua orang sanggup menjadi bahan marketing kapitalis NGO derma.

Kami faham ada yang ditimpa musibah, lebih-lebih lagi setelah pengumuman PKP baru-baru ini. Mungkin ada yang hilang pendapatan. Jadi kami keluarkan geran kecemasan ini buat mereka yang benar-benar memerlukan.

Kalau rasa nak merompak, nak meragut, nak mencuri disebabkan terdesak nak beli susu anak, lampin, nak beli beras, nak makan, nak beli ubat. Rilex! Jangan buat lagi. Geran ini untuk anda!

Jangan risau. SCRUT bukan NGO yang tidak beraudit, bukan juga pertubuhan yang mengutip derma orang ramai dengan 20% fi pengurusan dikenakan, bukan juga yayasan yang mencuci wang haram. Kami juga bukanlah jutawan, hartawan dan dermawan.

Bukan!

Kami hanya sekumpulan anak muda yang pernah mendapat sedikit lebihan rezeki dan perihatin terhadap nasib rakyat marhaen yang sedang ditimpa musibah sekali lagi. Dan kami ada falsafah dan prinsip kami yang tersendiri. Gaya, cara dan kemampuan kami sendiri.

Gambar dan nama penerima juga tidak akan dikeluarkan. Kami tiada team media dan tak perlukan team media. Kami hormat privacy and maruah mereka. Kami juga tiada masa dan modal hendak berdrama sayu pilu.

Sebab itu geran ini kami namakan,

“Bantuan Kecemasan Rakyat Malaysia”

Boleh mohon geran ini dari,

RM100, RM200, dan RM300 untuk kegunaan kecemasan seperti yang telah dinyatakan di atas tadi.

Bagaimana nak mohon?

Mudah saja. Sertakan..

1. Nilai Bantuan :

2. Nama :

3. No ic :

4. Salinan ic :

5. Sumpah

Lafaz sumpah :

Saya, *________________*, bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, watallahi, yang saya benar-benar dalam kecemasan dan memerlukan *Rm_______* untuk meneruskan hidup saya hari ini. Jika saya berdusta, laknat Allah ke atas saya.

Whatsapp ke : *0149911733*

CONTOH

1. RM200

2. Ali bin Abu

3. 876655315678

4. Dilampirkan

Saya, *Ali bin Abu*, bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, watallahi, yang saya benar-benar dalam kecemasan dan memerlukan *RM200* untuk meneruskan hidup saya hari ini. Jika saya berdusta, laknat Allah ke atas saya.

INGAT!

Jangan menipu. Jangan main-main dengan sumpah ini. Geran ini hanya untuk mereka yang sangat-sangat memerlukan. Kami tiada daya upaya nak saring betul-betul, hanya kepada Allah kami berserah.

Buat mereka yang benar-benar memerlukan, mohonlah..

Selagi ada bajet, kami akan terus transfer!

Kami tak minta apa-apa, just doakan kami sahaja..

Get SCRUT before WE get SCREWED!

SCRUT for the TRUTH!

——Wajib Baca!—-

1. Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my/

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing/

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Tips beli kereta recond atau used car.

5. Nak jadi gang SCRUT? Dapatkan tshirt SCRUT.

https://ifmal.com/…/get-scrut-before-we-get-screwed…/…

6. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

7. Nak renew insurance, roadtax, lesen dan tukar nama kenderaan?

https://carver.my/

8. Nak bersedekah dan infaq di tempat yang dipercayai?

https://waqf.io/

9. Nak tuntut kerugian melalui peguam bertauliah?

https://tuntut.my/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1112819679203210