fbpx

Scrut for startup: RM50,000 untuk anda!

Terima kasih kepada mereka yang terus menyokong kami, mendoakan kami dan membenci kami. Kami anggap kesemua itu adalah kurniaan ilahi. Sudah pasti kami tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Yang kami mampu hanyalah memuaskan hati kami sendiri!

Hari ini genap usia SCRUT 2 bulan. Selamat ulang bulan SCRUT! Kami masih hidup dan kami masih terus melawan.

Terima kasih kepada mereka yang terus menyokong kami, mendoakan kami dan membenci kami. Kami anggap kesemua itu adalah kurniaan ilahi. Sudah pasti kami tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Yang kami mampu hanyalah memuaskan hati kami sendiri!

Sempena ulang tahun ke-2 bulan SCRUT, dengan 10,000 user yang telah menggunakan servis SCRUT, kami ingin membuat payback kepada society melalui satu program kami.

Program ini dinamakan SCRUT for STARTUP. Kami akan menyediakan dana sebanyak RM50,000 untuk diberikan kepada mana-mana syarikat/produk startup yang berjaya memikat hati kami.

Syarat-syaratnya seperti berikut :

1. Orang muda. Syarikat dimiliki oleh mereka yang berumur kurang dari 32 tahun.
2. Idea stage atau projek siap tapi terbengkalai sebab tiada fund.
3. Nak buat startup tapi takda modal, nak gaji untuk sustain selama 1 tahun.

Boleh email tentang syarikat dan projek anda secara ringkas tetapi bisa menarik perhatian kami, terus ke [email protected].

Kalau dipanggil, pastikan anda membawa harga dan maruah diri. Jangan menjilat dan jangan poyo!

Oh ya, jangan lupa untuk share tentang SCRUT di wall anda. Selamatkan mereka sebelum ditipu kapitalis kereta recond!

Get SCRUT before WE get SCREWED!

The SCRUT’s co-Founders
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/621652758319907