fbpx

Scrut for startup.

Siapa masih ingat selepas SCRUT meletup viral? Diserang salesman, dealer dan ap holder penipu. Diangkat dijulang serata portal dan akhbar.

Siapa masih ingat selepas SCRUT meletup viral? Diserang salesman, dealer dan ap holder penipu. Diangkat dijulang serata portal dan akhbar.

Diajak ramai kapitalis untuk bekerjasama. Dipanggil berjumpa menteri dan pelbagai agensi. Ditawarkan wang berjuta untuk dijual kepada kapitalis kereta recond.

Dalam masa 2 bulan sahaja! Dengan user seramai lebih kurang 10,000. Mungkin kami boleh meraikan kejayaan itu dengan membeli Vellfire baru atau mengerjakan haji premium murah bukan untuk menteri.

Ya benar, kami layak berbuat begitu. Duit kami. Kami punya suka. Paling utama, bukan datang dari projek kerajaan atau hasil laba kemenangan politik atau menjilat slurrp slurrp.

Tapi segala keuntungan telah kami asingkan dan sediakan untuk menaja STARTUP yang kami rasakan memiliki idea yang sangat berpotensi untuk pergi jauh. STARTUP profit based ya, bukan valuation based!

Duit kami sendiri, kami berikan kepada sesiapa sahaja yang layak walaupun tak kenal. Bukan macam politikus yang bagi segala ghanimah, projek dan jawatan kepada kroni-kroni dan proksi-proksi mereka sahaja.

Selepas hampir 6 bulan tawaran tersebut kami lambung. Hanya 3 idea yang menarik perhatian kami. Dari nak bagi kepada 1 idea sahaja, macam nak kena bagi dekat 3 idea pula.

Takpa, kami mungkin tiada kuasa eksekutif atau tidak sekaya para kapitalis dan lobiyis, tapi kami percaya hati kami kaya, luas dan lapang. Mungkin Allah akan menggantikan pemberian ini dengan yang lebih baik.

Nanti kami akan perkenalkan STARTUP yang telah berjaya menambat hati kami..

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/752703291881519