fbpx

Scrut kekayaan Umar Al Khattab sebagai pemerintah

Ketika Umar sudah berkuasa beberapa waktu, Ali bin Abu Thalib dan beberapa sahabat sepakat untuk menaikkan gaji Umar yang sudah menjadi khalifah. Namun, mereka enggan menyampaikan langsung ke Umar kerana segan dan takut Umar marah.

Akhirnya, Ali dan para sahabat menemui puteri Umar, Hafsah (juga isteri Rasulullah), memintanya untuk memberitahu kepada ayahnya.

Hafsah setuju. Namun cadangan naik gaji itu ditolak mentah-mentah oleh Umar. Umar dengan marah meminta Hafsah untuk memberitahu siapa yang mengusulkan dia menerima kenaikan gaji. Dia ingin memberi pelajaran kepada orang yang mengusulkan kenaikan gaji itu.

Umar kemudian meminta Hafsah menceritakan bagaimana Nabi Muhammad SAW sewaktu menjadi khalifah. Kata Hafsah,

“Rasulullah hanya mempunyai dua pasang baju, selembar kain kasar untuk alas tidur, makan roti dengan tepung kasar yang dicampur garam.”

Umar berkata pada Hafsah,

“Rasulullah dan Abu Bakar RA telah memberi contoh bagaimana hidup sederhana seorang khalifah. Maka aku akan mengikuti contoh kedua tokoh tersebut.”

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/789793994839115