fbpx

Scrut tiada darah!

SCRUT tiada darah! Kerana darah kami sudah habis ditumpahkan untuk merubah industri ini. Sudah kering untuk menongkah kejahatan kaum kapitalis yang telah menindas kita selama ini.

Rasanya sudah banyak kali kami ulang. Kami akan terus ulang.

SCRUT tiada darah! Kerana darah kami sudah habis ditumpahkan untuk merubah industri ini. Sudah kering untuk menongkah kejahatan kaum kapitalis yang telah menindas kita selama ini.

SCRUT lahir dari roh marhaen yang selama ini ditindas, ditipu para kapitalis jahat. Roh kami adalah anda semua para penyokong perjuangan kami. Selagi roh anda bersama kami, selagi itu kami wujud.

Jadi segala percubaan yang cuba mengancam kredibiliti kami akan ditentang dan dilawan habis-habisan. Biar kami hancur binasa, asal masyarakat selamat dari ditipu para syaitan bertopeng manusia.

Semenjak hari pertama SCRUT lahir, kami sudah bersiap sedia untuk jadikan SCRUT perjuangan kami. Ya, memang kami liar, kami rebel, kami kasar.

Liar kami untuk melawan kejahatan, rebel kami untuk menongkah kebejatan kapitalis jahat, kasar kami untuk memastikan kami tidak ditindas.

Hari pertama kami lahir sudah kami terima ancaman dan ugutan. Diumpan sogokan untuk menutup SCRUT. Saman dan LOD jangan ceritalah.

SCRUT ini tiada darah. Lagi dicabar, lagi kami menggila. Lagi dibakar, lagi kami meruap. Lagi kami diusik, lagi kami melantun.

Itulah SCRUT. Warna merah berdarah, kerana SCRUT tiada darah.

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/975034476315065