fbpx

Scrut tidak percaya kepada prowheels

Ramai yang bertanya kami tentang isu Prowheels dengan kami. Maka, eloklah kami menyatakan pendirian kami.

Ramai yang bertanya kami tentang isu Prowheels dengan kami. Maka, eloklah kami menyatakan pendirian kami.

Ini adalah kenyataan rasmi SCRUT.

1. SCRUT telah ban dan block pihak Prowheels kerana telah melakukan spam terhadap wall FB page kami.

2. SCRUT telah remove segala listing pihak Prowheels di SCRUT Listing.

3. SCRUT tidak pernah iktiraf Prowheels menggantung banner yang tertulis SCRUT di premis mereka.

Hal ini disebabkan pihak Prowheels melalui seorang pengurusnya dan pagenya telah secara sengaja atau tidak sengaja cuba menjatuhkan SCRUT melalui kenyataan-kenyataan yang misleading, secara tersurat atau tersirat, mungkin juga bersifat innuendo. Bahkan pengurus tersebut telah drag isu tersebut ke group kereta lain.

Justeru, SCRUT menggesa pihak Prowheels untuk menurunkan atau memadam segala perkara yang ada kena mengena dengan SCRUT, termasuk banner yang menulis perkataan SCRUT di premis Prowheels.

Tiada guna di hadapan premis digantung kemas menulis perkataan SCRUT tetapi di belakang kami, ditulis Scrutt dan berpendirian dan berkata-kata seperti seller-seller yang membenci SCRUT.

SCRUT ini kecil saja jika nak dibandingkan Prowheels, baru setahun jagung. Prowheels besar seperti yang digambarkan. Maka tak wajarlah jenama SCRUT digantung di hadapan premis hebat mereka.

SCRUT secara rasmi mengumumkan TIDAK PERCAYA kepada Prowheels dengan sebab-sebab yang telah disebutkan. Buat mereka yang nak percaya kepada mereka, silakan. Itu pilihan masing-masing.

SCRUT adalah SCRUT, Prowheels adalah seller. Inilah pendirian kami dan kenyataan rasmi kami. Selepas ini jangan tanya lagi.

Korang nak percaya SCRUT ke seller?

Terserah anda.

Sekian,

SCRUT co-Founders

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1220488835102960