fbpx

SCRUTalk : IVERMECTIN

Pihak SCRUT telah di-approach oleh Dr. Syihabudin a.k.a Dr. Din Kapak minggu lepas untuk menjadi platform sebuah diskusi ilmiah tentang penggunaan dan keberkesanan ubat anti-viral, Ivermectin dalam perawatan covid-19.

Pihak SCRUT telah di-approach oleh Dr. Syihabudin a.k.a Dr. Din Kapak minggu lepas untuk menjadi platform sebuah diskusi ilmiah tentang penggunaan dan keberkesanan ubat anti-viral, Ivermectin dalam perawatan covid-19.

SCRUT menerima permintaan tersebut kerana sesungguhnya matlamat utama SCRUT adalah mendidik masyarakat dengan budaya ilmu, evidence based dan bercakap berlandaskan fakta dan figura. Atas rasa tanggungjawab tersebut jugalah, kami telah menerima tawaran menjadi penganjur diskusi ini.

SCRUT for the TRUTH adalah slogan kami. Sudah pasti kami mahukan kebenaran disampaikan melalui platform kami. Dengan para ahli panel yang masing-masing mempunyai reputasi tersendiri, sudah pasti diskusi ini akan membuahkan hasil yang sangat positif.

Cumanya, pihak kami mahu diskusi ini bersifat merakyat bukan eksklusif untuk para ahli sains. Maka, kami sendiri akan menetapkan format dan soalan-soalan yang akan ditanya. Ini bukan medical conference, ini diskusi untuk masyarakat.

Untuk mereka yang berminat mendengar pandangan daripada 2 pandangan yang berbeza dan mereka yang mahu mencari kebenaran tentang penggunaan Ivermectin dalam rawatan covid-19, inilah diskusi yang wajar anda tonton dan dengar.

Kami tahu, para follower kami ialah mereka yang sentiasa mencari kebenaran, mereka yang sentiasa #SCRUTdulu, sudah pasti diskusi sebegini adalah sesuatu yang menyenangkan minda dan halwa telinga anda.

Adakah benar Ivermectin berkesan merawat covid-19?

Sabtu ini. Jam 9pm. Live bersama kami.

SCRUT for the TRUTH!

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1167660377052473