Siapa yang membesar era 80an dan awal 90an pasti mengenali watak Gaban ini. Uncle pasti kawan-kawan korang yang dinamakan sebagai Gaban. Kan?
Siri Gaban atau nama asalnya Space Sheriff Gavan merupakan antara rancangan televisyen Jepun paling ikonik pernah ditayangkan di Malaysia.
Watak adiwira berperisai perak dengan laser biru itu bukan sahaja menjadi kegilaan kanak-kanak ketika itu, malah turut mencetuskan fenomena adiwira yang masih dikenang sehingga hari ini.
Siri terbitan syarikat Jepun Toei ini mula disiarkan pada tahun 1982 dan memperkenalkan watak Retsu Ichijouji, seorang anggota polis angkasa yang bertugas menentang organisasi jenayah Makuu.
Dengan aksi futuristik, pertarungan penuh efek khas serta muzik tema yang sangat sinonim di telinga rakyat Malaysia, “Gaban” menjadi antara pelopor genre tokusatsu yang membuka jalan kepada populariti siri seperti Ultraman, Mask Rider Black dan Flashman.
Di Malaysia, nama “Gaban” begitu dekat dalam masyarakat sehingga perkataan itu pernah digunakan sebagai simbol kekuatan, keberanian dan kehebatan. Bila terlalu hebat, kita akan kata,
“Gila gaban!”
“Power macam gaban siot!”
Ramai peminat masih mengingati transformasi pantas beliau yang terkenal dengan ungkapan “0.05 saat” sebelum bertarung menewaskan musuh.
Baru-baru ini, dunia hiburan Jepun dan peminat tokusatsu dikejutkan dengan berita pemergian pelakon utama siri tersebut, Kenji Ohba, pada usia 72 tahun selepas mengalami masalah kesihatan berpanjangan.
Berita itu mengundang rasa sedih dalam kalangan peminat di seluruh Asia termasuk Malaysia, kerana beliau dianggap antara ikon terbesar televisyen Jepun era klasik.
Pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang pelakon, tetapi juga simbol nostalgia zaman kanak-kanak bagi jutaan peminat yang membesar dengan rancangan televisyen era VHS dan televisyen analog.
Walaupun zaman telah berubah, nama Gaban kekal hidup dalam ingatan peminat sebagai salah satu adiwira paling berpengaruh dalam sejarah hiburan Asia.
Siapa sini peminat Gaban? Komen “laser sabit”!
;(
Original post: https://www.facebook.com/reel/1271030704749548
You must be logged in to post a comment.