fbpx

Semua anak Adam melakukan kesilapan!

Saudara Azril Hazri telah menghubungi kami dan memohon maaf secara peribadi. Beliau juga telah sekali lagi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kami di atas keterlanjuran sikap dan kata-kata beliau ke atas kami. Beliau seorang berjiwa besar.

Rasulullah S.A.W bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya: Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. (HR Ibnu Majah)

Saudara Azril Hazri telah menghubungi kami dan memohon maaf secara peribadi. Beliau juga telah sekali lagi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kami di atas keterlanjuran sikap dan kata-kata beliau ke atas kami. Beliau seorang berjiwa besar.

Rujuk : https://www.facebook.com/835058748/posts/10157372611093749?s=100037715657121&sfns=mo

Beliau juga telah memberi jaminan yang kereta-kereta yang akan dijual berdasarkan keadaan sebenar tanpa terlibat dan bersubahat dengan aktiviti scam kereta recond. Beliau juga memberitahu yang beliau tiada kena mengena dengan Shubib. Semoga Allah kekalkan niat baik beliau.

Apa pun, kami di sini sangat terbuka menerima permohonan maaf tersebut dan kami juga memohon maaf kepada beliau andai serangan balas kami sedikit sebanyak menyusahkan beliau. Apa yang kami harapkan adalah perubahan. Alhamdulillah, beliau telah tersedar.

Kami harap para admin kami dan para penyokong kami juga memberikan kemaafan kepada beliau. Semua orang deserve second chance dan dunia ini bukalah tempat benci yang berteruskan. Walaupun kami indie dan rebel!

Kami tidak memberi endorsement kepada bisnes beliau, jika mereka yang berminat dengan kereta-keret beliau, boleh hubungi beliau dan SCRUT lah dulu. Jika anda dapati beliau menipu, terus hubungi kami.

Kami ucapkan tahniah dan syabas buat beliau yang mahu berubah dan bertaubat. Kami akan remove posting kami yang memberi amaran terhadap beliau nanti.

Ingat tuan-tuan dan puan-puan, mereka yang membenci SCRUT adalah mereka yang ada masalah dalam industri ini. Percayalah!

Get SCRUT before WE get SCREWED!

Ditulis oleh,
Maulana Scrut
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/636308503520999