fbpx

Seorang follower scrut scrut telah diugut!

Ceritanya begini, SCRUT ada sebidang tanah, memang terbuka untuk semua orang bermain-main. Tapi tetap ada peraturan dan SCRUT tetap memiliki kuasa di atas tanah miliknya.

Ceritanya begini, SCRUT ada sebidang tanah, memang terbuka untuk semua orang bermain-main. Tapi tetap ada peraturan dan SCRUT tetap memiliki kuasa di atas tanah miliknya.

Suatu hari, Mat Kalau datang sound tuan tanah (SCRUT), dia kata SCRUT takda telur. Sebagai tuan tanah, sudah pasti SCRUT akan pertahankan dirinya di homeground. Itu hak mutlak kami.

Mat Kalau panggil gang masuk, ada yang kami terus halau keluar, ada yang kami biarkan untuk menjadi hiburan kami dan tetamu-tetamu kami. Mat Kalau yang dah koyak, mengadu dekat adik dia.

Adik dia yang bajet suci dan mulia, terus sound kami, tanya kami bayar zakat, tax, cerita pasal kehebatan abang dia. Ada kami tanya? Terlihat adik dia pun menghiburkan seperti abang dia, kami simpanlah buat maskot.

Key content : Dia yang datang. Bukan kami ke wall dia. Dia datang ke wall kami, sound kami.

Tetamu-tetamu kami yang lain juga ramai. Yang baik dengan kami dan yang menyokong kami juga ramai. Jadi mereka pun join kami berhibur dengan Mat Kalau. Mat Kalau ni katanya jiwa kental, EQ tinggi. Tapi habis dia pm tepi ajak jumpa macam ajak gaduh bagai.

Mat Kalau yang dah koyak rabak, hantar adik dia untuk mengugut tetamu kami dengan ancaman saman. Aik sampai nak bersaman tetamu kami? Bukan Mat Kalau EQ tinggi ke? Tak boleh bergurau-gurau dengan facts?

Kami bergurau dan berhibur dengan Mat Kalau menggunakan fakta-fakta yang dia sendiri sebut, dengan adindannya juga sama. Tak pernah tambah cerita. Dia cerita dia kalau, dia malas, dia jual domain Rumah.com. Semua itu dia yang sendiri cerita. Tiada penambahan atau fitnah pun.

Mat Kalau hati tak kental ke? Hati tisu? Jiwa koyak? Dah tu, kenapa kau nak datang sound-sound kami? Kami balas, kau menangis, ajak gang, ajak adik? Kami berhibur, kau nak ugut saman?

Buat semua tetamu-tetamu kami, jangan takut, jangan gentar dengan segala ugutan saman atau ancaman jahat, kita semua berada di posisi yang benar. Dia datang rumah kita, dia sound kita, it’s our right to defend or to rembat dia balik. No issue.

Kalau dapat LOD atau saman, hubungi kami terus. Lawyer kami akan advise. Jangan takut! Kami akan mempertahankan kawan-kawan kami. Kita LAWAN!

Kami teringat pepatah Arab tentang hal ini,

ضربني وبكى , ظلمني واشتكى

“Dia yang memukul aku, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi aku, dia pula yang mengadu.”

Ingat, jangan takut!

Kita indie, wild & rebel!

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/738587113293137