Perlu diservis adalah untuk menjaga kondisi kereta supaya dapat terus beroperasi pada tahap yang optimum.Sebagai objek yang dicipta untuk bergerak,kereta selalu terdedah kepada masalah wear and tear.Oleh itu ia perlu sentiasa diperiksa dan diservis mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengeluar kereta tidak kira lah jika kereta jarang digunakan atau cuma dipandu jarak dekat.
Masalah wear and tear kenderaan berpunca dari 2 faktor :
1.Penggunaan
Antara komponen yang kerap wear and tear disebabkan PENGGUNAAN ialah seperti disc brake,brake pad,bearing tayar bergantung kepada cara pemanduan dan kekerapan anda memandu contohnya pad brek perlu ditukar apabila sudah nipis dan tempoh untuk ditukar bagi setiap pemandu adalah tidak sama.
2.Usia
Antara komponen yang kerap wear and tear disebabkan USIA ialah bendalir seperti minyak enjin,minyak brek termasuk bateri(dry cell & wet cell) dan komponen berasaskan getah seperti tayar,wiper dan bushing suspension.
Berkaitan faktor kedua-Usia,pemandu selalu tertanya tanya perlukah kereta yang jarang digunakan atau dipandu jarak dekat diservis mengikut jadual penyelengaraan sedangkan mileage masih rendah.
Jawapannya ialah,Ya.
Kerana komponen bendalir seperti minyak enjin,minyak brek,minyak gear atau seumpamanya termasuk dalam faktor wear and tear akibat usia dan mengalami proses kemerosotan apabila sampai tempoh masa tertentu.
Proses kemerosotan
Bendalir akibat proses kerja dan kehadiran bendasing seperti serbuk atau keladak besi daripada komponen mekanikal kenderaan.Campuran tersebut boleh menyebabkan prestasi sesuatu
Bendalir tidak lagi mampu memberi perlindungan optimum apabila mencapai jangka masa tertentu.
Hubungi Kami:
01116222987
0342665556
Booking Online for SII :
SCRUT AUTO SDN BHD
232,Lorong Auto Nibong Taman U-Than
Jalan Ampang 55000,Kuala Lumpur.
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/186400216365497