fbpx

Syarikat-syarikat proksi AP-ISMA?

Kita sedia maklum yang 4man F4listin (AP) ini dimiliki oleh ISMA. Dan AP ini pula dikatakan banyak company proksi.

Kita sedia maklum yang 4man F4listin (AP) ini dimiliki oleh ISMA. Dan AP ini pula dikatakan banyak company proksi.

Sebelum ini, aku dah tunjukkan Kedai Amal AP bukan milik AP, tetapi milik CEO AP, Awang Supian. Harap SPRM siasatlah mana dapat modal dan bagaimana operasinya. Ditaja AP ke macam mana. Bukti-bukti aku dah tunjukkan.

Hari ini aku nak tunjukkan, 2 syarikat media yang aku rasa proksi mereka dan ia dimiliki oleh individu-individu orang kuat ISMA. Syarikat media ni, nak buat duit sebenarnya kena cari job macam agensi lain lah. Tapi kalau kau dah ada client macam AP yang spend advertising kaw-kaw, lepas tu pula bisnes kutip duit derma. 1 client macam AP pun cukuplah. Lagipun inter-company kan? Eh, inter-proxy-jemaah-walaun-company kan?

Syarikat 1 : TV Pertiwi – Kerengga Merah Sdn. Bhd.

TV Pertiwi ni memang agenda media milik ISMA, segala berita semuanya mengikut acuan naratif mereka. Kolumnis mereka pun kebanyakannya orang kuat ISMA.

Siapa pengarah dan pemilik?

1. NORZILA BINTI BAHARIN (Pengarah dan pemilik 60% saham)

2. AHMAD KAMSANI BIN SAMINGAN (Pengarah dan pemilik 20% saham)

3. NORZAFRY BIN NORHALIM (Pemilik 20% saham)

Kalau korang google nama-nama di atas kesemuanya adalah anchor atau orang kuat ISMA.

Menurut SSM, syarikat ini mempunyai aset sebanyak hampir RM1 juta!

Revenue juga sebanyak RM1.5* juta!

Paidup hanya RM250k sahaja.

Daripada mereka dapat revenue sebanyak itu? Mereka buat job apa?

Siapa client mereka? Rasanya, buat media ni memang harap iklan, kos tinggi.

Korang boleh SCRUT sendiri di SSM, kalau rasa susah, korang ke www.interepo.com.

Syarikat 2 : Media ISMA Sdn. Bhd.

Media ISMA ini siapa yang hire? Melainkan ahli-ahli jemaah? AP hire diorang kan? Ini yang SPRM kena siasat. Cumanya yang aku jumpa, dia buat atau maintain web ISMA. Berapa ISMA bayar? ISMA bayar Media ISMA?

So, Media ISMA Sdn. Bhd. ni milik siapa? Jom kita SCRUT!

Pengarah dan pemilik?

1. NORZILA BINTI BAHARIN (Pengarah dan pemilik 50% saham.)

2. MOHD FIRDAUS BIN SALLEH HUDIN (Pemilik 50% saham.)

Sekali lagi nama Norzila ini keluar. Yang lagi seorang tu pun kalau kau google, jumpalah orang kuat dan totok ISMA. Cuma yang menarik syarikat Media ISMA ini adalah :

Paidup RM2 sahaja! Tapi..

Revenue ada dalam RM400k! Siap profit RM137k! Mantap dan tahniah, dengan modal berbayar RM2 saja dia boleh bikin popit berkali ganda. Korang akan tanya, takkan RM2 saja? Mungkin banyak advance from director kot. Kan? Kaya siot diorang ni. Tapi, kenapa tak letak as paidup je? Ini persoalan..

—- Habis—-

Korang ingat tak, dulu aku pernah tulis pasal cara-cara buat duit dengan NGO, salah satu caranya adalah buka company, jadi vendor atau kontraktor NGO itu.

Sebab itulah, aku daripada hari tu minta senarai vendor atau kontraktor AP. Yelah, daripada RM34 juta tahun 2021 tu, bayar apa kan? Bayar penceramah? Agensi Media? Dah dapat list vendor-kontraktor ni, tahulah kita duit banyak tu ke mana.

Itu sebablah mana-mana tauke NGO, dia mesti cuba buka minimart dan ada media team. Sebab NGO tu akan diarahkn shopping di minimart dia. So, dia akan cashout-lah. Business hiduplah. Media team biasa sub kan gang sendiri yang kita ada interest lah. Barulah kau boleh naik kuda nanti. Budak-budak usrah semua ada kuda tak?

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02ZH8PjZREobFDssjY9hnvs9Q67aSVvNza1X2ebhNJoCVPvSrPeH4dxv6zvy8JaoNjl