fbpx

Taksub dan asabiyah – Itulah alasan kenapa budak-budak usrah boleh menerima hujah samoah kepimpinan!

Taksub! Asabiyah! Itulah perkataan yang sesuai kepada ahli-ahli jemaah yang menolak kebenaran dan menerima kebodohan.

Taksub! Asabiyah! Itulah perkataan yang sesuai kepada ahli-ahli jemaah yang menolak kebenaran dan menerima kebodohan.

Ekstrimis! Pelampau! Atau ghuluw! Itulah perkataan yang sesuai kepada ahli-ahli jemaah yang sanggup memfitnah demi memertahankan kebobrokan jemaah, rakannya dan kepimpinannya.

Kalian sudah lihat kan? Betapa keji, jijik dan hina budak-budak yang kononnya Islamis, pejuang Islam, hafal Quran, sanggup memfitnah aku semata-mata nak cover up kerosakan yang sudah lama disorokkan.

Kalian sudah terbaca kan? Betapa desperatenya budak-budak yang kononnya ditarbiyah dan berdakwah sanggup menghina akal menerima corner baring yang dilakukan oleh kepimpinan mereka.

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda di dalam hadis yang sahih,

إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ الْغُلُوُّ فِي الدِّينِ

“Waspadalah kalian dari ghuluw (fanatik/melampau), sesungguhnya telah binasa orang-orang sebelum kalian yang ghuluw dalam agama mereka.”

Kata Nabi SAW juga dalam sebuah hadis,

مَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عُمِّيَّةٍ يَغْضَبُ لِعَصَبَةٍ أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ.

“Barangsiapa berperang di bawah bendera buta tuli; marah atas dasar asabiyah, menyeru kepada asabiyah atau membela asabiyah lalu dia mati, maka matinya dalam keadaan mati jahiliyah.” (Riwayat Muslim)

Nabi menunjukkan betapa firmnya baginda dalam hal integriti dan prinsip dengan hadis yang cukup teekenal berikut,

لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها

“Sekiranya Fathimah bintu Muhammad mencuri pasti aku akan potong tangannya.”

Malangnya, apabila jemaah-jemaah ini wujud, mereka menjadi kultus, groupthink sehingga sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan ahli jemaah, kepimpinan dan jemaah mereka.

Kalau benar mereka berpegang dengan kalam Allah dan kalam Rasul. Mereka patut “potong tangan” orang yang bersalah walaupun mereka itu ayatolla, asatizah, kepimpinan, ahli jemaah sendiri.

Jangan pelik kenapa mereka jadi begitu. Kerna itu Nabi telah menyebut tentang hal ini sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Lihat contoh di bawah ini, sampai sanggup memfitnah SCRUT macai PAN. Demi menegakkan apa? Siap kata kenapa tak SCRUT ngo-ngo liberal? Aik, NGO Islam sama level dengan NGO lain?

Benarlah apa yang Nabi telah sebut..

Kan?

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1109732969511881