1.’Brake Warning Light’ bermaksud brek mempunyai masalah antara puncanya ialah samada brake pad telah nipis dan habis atau minyak brek berkurangan.Jika minyak brek berkurangan,periksa paras minyak brek pada tangki atau tempat masuk minyak brek,pastikan ianya sentiasa dalam paras maximum.Anda boleh terus menambah minyak brek atau membuat proses bleeding brake sistem.
2.Bunyi nyaring atau Bising ketika menekan brek,ini kerana brake pad terlalu nipis melebihi tahap minimum atau tahap selamat,pin indicator pada brake pad akan bergesel dengan disk rotor.Bunyi nyaring disebabkan oleh geseran ini adalah amaran brake pad nipis dan perlu ditukar segera.
3.Jarak masa berhenti lebih lama/lambat bermaksud brek tidak makan berpunca dari permukaan brake pad dan brake rotor tidak rata atau berhabuk.Brake pad tidak lagi mencengkam atas faktor usia atau pun kualiti brake pad yang tidak bagus.Terus gantikan atau servis sistem brek kerana ianya sangat bahaya.
4.Getaran dari steering semasa brek.Ini berpunca dari brek rotor tidak rata.Anda boleh mencuba skimmed disc iaitu meratakan semula brek rotor tetapi jika sudah terlalu nipis anda perlu menggantikannya.
5.Semasa anda menekan brek,anda akan merasa perlu tekan lebih dalam.Ini mungkin berpunca kerana ada angin dalam salur minyak brek atau kerosakan pada pedal brake itu sendiri,jika terdapat angin,perlu buat proses bleeding semula di bengkel.
Hubungi Kami:
01116222987
0342665556
Booking Online for SII :
SCRUT AUTO SDN BHD
232,Lorong Auto Nibong Taman U-Than
Jalan Ampang 55000,Kuala Lumpur.
Original post: https://www.facebook.com/myscrutauto/posts/187970926208426