fbpx

The sellers are always wrong!

Detective Scrut
in Uncategorized
Dec 10 ·

Kerajaan telah sekian lama menjalankan kempen “Jadilah Pengguna Yang Bijak!” Tetapi bagaimana anda mahu jadi bijak?

Dalam kamus konsumerisme, teori atau usul,

“The sellers are always wrong!”

telah diperkenalkan bagi mewujudkan masyarakat yang bijak serta cakna tentang produk sebelum membeli.

Ia ibarat mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi dalam kepala konsumer mesti ditanam yang segala apa yang dikatakan oleh penjual tidak boleh dipercayai dulu. Terutamanya barangan yang berharga seperti kereta.

Maka konsumer wajib menilai dan mengkaji kebenaran dan dakwaan si penjual. Setelah dibuktikan kebenarannya, barulah konsumer boleh membuat keputusan.

Sebagaimana pernikahan, dimulakan dengan taaruf (suai kenal), kemudian merisik untuk mengetahui lebih lanjut tentang keadaan yang mungkin kita tidak tahu, bertunang – buat HIV test, talasemia & etc, dan jika semua saringan lepas kemudian barulah bernikah.

Begitulah juga anda wajib lakukan sebelum membeli kereta recond. Anda wajib :

1. Bertaaruf – kenal model kenderaan, showroom, harga pasaran dan spesifikasi kenderaan yang dicari.

2. Merisik – buat research tentang syarikat yang menjual, model yang hendak dibeli.

3. Bertunang – di sinilah selalunya anda sering ditipu kerana anda tidak mampu untuk melakukan saringan di sini. Jangan bimbang, kini Scrut.my sudah ada untuk anda lakukan saringan!

4. Nikah – apabila saringan pertunangan sudah lepas. Maka teruskanlah dengan proses ijab & qabul pembelian.

Jika kesemua proses tersebut sudah dibuat, maka kepada tuhanlah tempat kita berserah. Bukankah disuruh kita ikat tali unta sebelum bertawakal?

Sama ada salesman itu berkopiah, berserban dan berjanggut, bermulut manis atau bermini skirt, usulnya tetap sama,

“The sellers are always wrong!”

“Get SCRUT before WE get SCREWED!”

www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/589915981493585

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    created with