fbpx

“Tribunal dismissed my case as scrut.my is not recognized by the government.”

Seperti yang kami sudah jangka. Pihak kerajaan (KPDNHEP) takkan support perjuangan kita semua. Mereka tidak mahu pertahankan pengguna. Takpa, kami sudah sediakan solusi untuk kita sama-sama memperjuangkan hak kita bersama. Selain kau viralkan jela showroom/dealer/ap holder mana kan?

Seperti yang kami sudah jangka. Pihak kerajaan (KPDNHEP) takkan support perjuangan kita semua. Mereka tidak mahu pertahankan pengguna. Takpa, kami sudah sediakan solusi untuk kita sama-sama memperjuangkan hak kita bersama. Selain kau viralkan jela showroom/dealer/ap holder mana kan?

Disebabkan kerajaan Malaysia tidak mahu recognize data yang dikeluarkan SCRUT, kami sudah sediakan option lain iaitu Japanese Registration Certifcate (JRC) atau orang Malaysia biasa panggil Export Certificate.

JRC ini seperti geran (official document) yang dikeluarkan oleh “JPJ” negara Jepun. JRC akan merekodkan tahun pengeluaran, spesifikasi dan mileage terakhir ketika inspection dibuat. Untuk pengetahuan anda, kerajaan Jepun mewajibkan inspection setiap kenderaan selepas 3 tahun dibeli, kemudian setiap 2 tahun.

Jadi, untuk kenderaan yang dieksport selepas 3 tahun di Jepun, pasti sudah direkodkan mileage terkini di dalam JRC. Jika dalam rekod JRC mileage lagi tinggi dari yang dealer serahkan, apa lagi mereka nak menipu?!

JRC boleh digunakan untuk mereka yang :

1. Tiada data kenderaan mereka dalam carian SCRUT.
2. Kereta dieksport selepas 3 tahun di Jepun untuk verify mileage.
3. Untuk lawan di mahkamah.

Bagaimana mendapatkannya?

1. Pastikan anda ialah user SCRUT.
2. Di dalam dashboard anda akan terdapat option berwarna biru yang tertulis “Japanese Registration Certificate”.
3. Pastikan anda mempunyai 500 credit (RM350).
4. Selepas bayaran dibuat, pihak kami akan mengambil masa 3-6 hari waktu bekerja untuk mendapatkan JRC.
5. Salinan dalam bentuk pdf akan dilampirlan di dalam dashbord anda.
6. JRC yang original akan diposkan ke alamat anda.

Terdapat beberapa lagi sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang untuk mendapatkan hak mereka di tribunal. Menurut peguam-peguam yang terlibat dengan perjuangan ini, JRC adalah official document yang tidak boleh ditolak oleh mana-mana court. Kami akan kongsi langkah-langkah yang patut diambil esok.

Doakan sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang. Ingat, get SCRUT before WE get SCREWED!

Terus melawan!

Ditulis oleh,
Admin Dari Neraka!
www.scrut.my

lampiran :

1. Screenshot pejuang kita.
2. JRC option.
3. Contoh JRC

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/620423168442866