fbpx

Kami sampai awal, lebih kurang jam 9 pagi. Meeting sepatutnya jam 10.30am. Jadi kami tanya makcik RELA, mana cafe. Kami ditunjukkan di mana letaknya cafe KDN.

MINTA PIHAK KKM SCRUT CAFE DI KDN!

Kami baru habis meeting dengan pihak KDN tadi. Just nak cerita sikitlah pengalaman di bangunan KDN Putrajaya ni.

Kami sampai awal, lebih kurang jam 9 pagi. Meeting sepatutnya jam 10.30am. Jadi kami tanya makcik RELA, mana cafe. Kami ditunjukkan di mana letaknya cafe KDN.

Besar, 2 tingkat, ada aircond lagi. Memang kawasan tak boleh merokok la kan? Memang steady! Penuh orang. Ramainya datang ke KDN ni? Atau pekerja di KDN masuk kerja jam 10 pagi barangkali?

Kami pun beli makanan dan duduk di tengah-tengah. Sedang admin merasai roti jala yang agak sedap, admin terbau asap rokok.

Jilaker betul!

Dalam kawasan pejabat kerajaan, tempat makan, dan aircond diorang hisap rokok. Kami terus perhatikan. Seorang demi seorang duduk di tepi tingkap itu, tingkap dibuka.

Rupanya situ port para perokok di KDN. Nampak macam mereka dah biasa. Regular customer ni. Kawan kami kata itu semua staff-staff KDN lah.

Admin taknaklak zoom dan snap detail, jadi kami minta pihak yang berkenaan untuk menyiasat tentang hal ini.

1) Adakah kejadian seperti ini pertama kali terjadi hari ini?

2) Dilakukan oleh orang luar, bukan penjawat awam di KDN?

3) Atau memang dibenarkan menghisap rokok di situ?

Mohon kawan-kawan KDN dan KKM komen sikit. Nak cc ke MOT tak? Mana tau ada pegawai KKM yang kena ambil paper July tak faham macam hari tu.. ?

SCRUT lemas dengan asap rokok! Janganlah kedai-kedai di luar sana digeledah, tempat sendiri dibiarkan.

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/731591170659398