fbpx

Masa aku nak beli mpv recond dari Jepun hari tu, aku pressure salesman tu minta harga kurang lagi daripada yang dia dah offer.

Masa aku nak beli mpv recond dari Jepun hari tu, aku pressure salesman tu minta harga kurang lagi daripada yang dia dah offer.

Mungkin sebab risau sales tak dapat close, atau dia memang gentleman habis, dia bgtau aku;

“Saya hantar you semua report dan gambar dari Jepun, you boleh check quality grade ini kereta, harga memang tak boleh turun dah, margin sangat nipis”

Kemudian dia pun wassap ke aku segala report bahasa Jepun.

Kebetulan esoknya aku jumpa Aliff Ahmad II dan Nik Izwan di Saka Cafe.

Knowing 2 orang maulana ni memang kaki kereta Jepun, aku bgtau lah yang aku plan nak angkat mpv kemudian aku tunjuk auction sheet bahasa Jepun yang salesman tu bagi.

Nik tanya data dalam sheet againts data fizikal pada mpv yang aku nak beli tu tally ke tidak?

Aku cakap sama.

Nik bgtau aku;

“Jarang jumpa salesman jujur macam ni. Mana ada salesman nak bagi kastemer tengok auction sheet ni.
Sebab tu kami nak develop system bagi semua orang direct akses semak auction sheet kereta recond dari Jepun. Recond di Malaysia ni banyak menipu”

****

Itu cerita beberapa bulan lepas.

1-2 hari ni viral satu apps nama Scrut.

Untuk pengetahuan,
Nik dengan Alif ni lah kepala foundernya.

Semua portal berita dah pick up. Group wassap dah merata orang hantar link Scrut.my suruh semak status kereta recond masing masing.

Kiranya, industri recond car di Malaysia ni terkejut kena serang dengan Scrut.my.

Kebanyakan syarikat penjual kereta recond Jepun di Malaysia melompat!

Kenapa melompat?

Sebabnya mudah, bila pelanggan buat semakan Scrut, kebanyakan mereka sudah kena tipu!

Mileage dashboard 17,0000, bila semak Scrut sebenarnya dah 52,000!

Salesman cakap;

“Kereta ini tiptop, orang Jepun pakai cermat, mileage rendah, you tengok pun tahu macam baru. Orang Jepun tak ada tipu punya”

Bila check Scrut report, naik remark R maknanya kereta tu pernah eksiden di Jepun sebelum ni.

Ya orang Jepun memang tak tipu, yang tipu tu kau salesman orang Malaysia.

Kepala bana.

Tapi nak buat apa dah? Sudah kena game.

Sistem Scrut ni memang jadi pengacau dan pemberi masalah kepada semua penipu penipu yang dah berakar umbi lama dalam industri kereta recond Jepun di Malaysia.

Tapi dalam masa yang sama, sistem Scrut ni akan menjadi pembela dan penyelamat sekian ramai pembeli/pengguna kereta recond Jepun di negara kita.

Para penipu dah tak senang duduk, kacau bisnes depa. Dengarnya siap depa nak kutip 2 orang kepala Scrut tu. Kahkahkah!

So untuk semua orang yang ada cita cita nak beli kereta recond Jepun (tak kisah la brand apa sekalipun), atau dah terbeli baru baru ni, sila lah semak status kereta tu di;

www.scrut.my

www.scrut.my

www.scrut.my

Bayar yuran semakan RM50 kemudian masukkan nombor casis.

Taraaa!

Report pun released.

Sila sebar luaskan hal Scrut ni kepada seramai orang yang kau orang boleh sebar. Kita selamatkan orang dari kena tipu, InsyaAllah besar pahala Tuhan balas.

Kepada Nik dan Alif,

Terima kasih sebab bangunkan apps yang power ni.

Readykan lah juga Glock dan Sig Sauer seadanya demi keselamatan diri hangpa.

Original Post: https://www.facebook.com/1043785278/posts/10217424378895101/?d=n