fbpx

Memang ramaikan penjawat awam yang wajib mengambil semula kertas bahasa melayu pemahaman bulan julai 2020 nanti?

Tempoh hari penjawat awam dari KKM tak semena-mena mengamuk-mengamuk kata SCRUT salah alamat. Bila diseru untuk dibuktikan di mata perkataan yang salah tu, dia diam seribu bahasa.

Tempoh hari penjawat awam dari KKM tak semena-mena mengamuk-mengamuk kata SCRUT salah alamat. Bila diseru untuk dibuktikan di mata perkataan yang salah tu, dia diam seribu bahasa.

Ni lagi seorang. Sedang ramai yang faham, majoriti tahu hal ini. Ada seorang mangkuk tak habis-habis kata SCRUT menuduh. Boleh rujuk balik apa yang kami tulis di :

Sini – https://www.facebook.com/581817132303470/posts/731591170659398/

Untuk tidak mahu mengelirukan dewan yang mulia ini. Kami ingin mengajak semua untuk bersama-sama menjadikan membaca sebagai budaya hidup.

Membaca bermatlamatkan untuk kita memahami apa yang penulis ingin sampaikan. Jadi sikap membaca sekerat dan tidak memahami konteks penulisan menunjukkan kegagalan dalam pemahaman. Maka kesimpulan dan persoalan yang bermain dalam kepala pembaca tidak selari dengan matlamat penulisan.

Pemahaman amat penting dalam komunikasi melalui lidah mahupun tinta. Atas sebab itu mana-mana pelajaran bahasa menekankan aspek pemahaman. Kerana jika gagal faham, tindakan juga akan merepek dan keluar dari konteks. Lebih memalukan, sedang 100 mengatakan setuju, hanya dia seorang merepek-repek. Bukan kerana hujah yang mantap, tetapi kerana punya masalah pemahaman.

Selain dari hanya baca sekerat, baca tajuk dan mengambil 1 ayat dari seluruh artikel untuk membuat kesimpulan. Perasaan “in-denial” juga menjadikan seseorang itu gagal memahami mesej yang ingin disampai. Sebagai contoh, tulisan admin kami tentang Cafe KDN adalah membawa kepada beberapa konteks yang sangat jelas :

1. Menghisap rokok di tempat berpenghawa dingin.

2. Menghisap rokok di bangunan kerajaan.

3. Orang KDN atau tidak, sesiapa pun, bolehkah menghisap rokok di situ.

4. Persoalan biasa orang awam yang masuk ke bangunan kerajaan.

5. Bukan isu siapa yang hisap rokok, orang KDN ke, orang MKN ke, orang awam ke.

Ini terbukti dengan wujudnya orang seperti Radin Muhammad Hilman yang gagal memahami dek kerana perasaan “in-denial” tersebut. Kata sahabat kami yang bertugas di sekitar bangunan tersebut,

“Memang dah maaruf, situ port diorang hisap rokok. Benda bukan baru jadi. Siapa yang kerja or datang situ akan nampak..”

Diharap pihak kerajaan menggalakkan penjawat awam yang tidak dapat A dalam subjek Bahasa Melayu untuk mengulang balik di bulan Julai nanti.

“Membaca jambatan ilmu, malas membaca jambatan bangang.”

SCRUT your COMPREHENSION before YOU look SCREWED!

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/732449063906942