fbpx

Apa lagi yang scrut boleh buat?

Beberapa hari lalu ada seorang peguam macam sound SCRUT bila Uncle kata,

Beberapa hari lalu ada seorang peguam macam sound SCRUT bila Uncle kata,

“Selebihnya terpulanglah kepada pihak pendakwaan dan pengadilan yang menguruskan, kerja kami sampai di situ sahaja.”

Boleh rujuk tangkap layar di bawah.

Uncle taktau apa masalah dia ni. Dia faham ke tidak apa yang kami dah lalui dan dah buat? Masa luka dan cedera adik Bella masih basah dia dekat mana? Apa dia dah buat? Apa dia dah tolong?

Kenapa SCRUT terlibat memberikan public pressure kepada kes ini kerana ketika itu, kes seolah-olah tidak bergerak, tidak berjalan dan suspek langsung tidak direman. Lebih dahsyat, kesemua saksi kejadian dibenarkan tinggal dengan suspek.

Jadi, Uncle merasakan something wrong somewhere. Selepas diviralkan, barulah seorang demi seorang saksi datang memberi maklumat dan buat laporan polis memberi kesaksian. Tetapi kes masih perlahan dan senyap.

Maka public pressure diteruskan sehingga pihak polis memberi jaminan sampailah pertuduhan pertama dibacakan iaitu hanya pengabaian. Kami tidak puas hati kerana kami tahu penganiayaan telah berlaku. Jadi, pihak kami telah membuat memorandum dihantar ke kementerian sepatutnya, AGC, YDP Agong, IGP, SPRM, PMO dan banyak lagi dengan segala bukti-bukti baru dan lama.

Maka alhamdulillah. Pertuduhan baru dibacakan iaitu penganiayaan yang membawa maksud penderaan telah berlaku. Inilah target kami. Maksudnya bukti-bukti yang kami telah kemukakan telah disemak kembali dan dibuat kertas pertuduhan yang baru. Jadi, setelah pertuduhan dibacakan, apa lagi yang boleh kami lakukan?

1. Adakah Uncle boleh pilih, ajar dan kawal DPP yang akan membuat pertuduhan? Tidak bukan?

2. Adakah Uncle boleh pilih dan set hakim yang akan mengadili? Pun tak boleh.

3. Adakah Uncle sebagai orang awam boleh masuk mahkamah kanak-kanak? Kes ini terdapat saksi-saksi kanak-kanak tau. Uncle juga bukan saksi. Boleh ke Uncle masuk?

4. Jadi apa yang Uncle boleh buat untuk menghalang “kawtim” daripada berlaku jika benar ia boleh berlaku pada fasa ini selain berdoa kepada tuhan yang satu?

Sudah pastilah ramai peguam pemerhati akan masuk kerana kes ini telah diketahui dan diambil maklum oleh ramai pihak atasan. Pemerhati dari pihak JKM, saksi-saksi, NGO di bawah kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.

Jadi, jika ada cara untuk pihak SCRUT menjaga AGC, mahkamah dan para saksi. Sila tunjuk ajar. Kami akan lakukan. Kalau takda, itulah maksud sampai situ saja.

Faham?

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1227512807733896