fbpx

Perbezaan kereta low mileage dan high mileage!

Biasanya bila orang sedang mencari kereta recond atau kereta secondhand, ada lah ‘pakar’ yang akan suggest untuk beli kereta yang mileage rendah.

Biasanya bila orang sedang mencari kereta recond atau kereta secondhand, ada lah ‘pakar’ yang akan suggest untuk beli kereta yang mileage rendah.

Sebenarnya, 50-50 jugak. Mileage hanya boleh bagitahu sedikit je tentang kondisi kereta.

Bagi kereta yang dah capai usia 5 tahun dan baru travel 80,000 km dikira low mileage. Jika travel lebih dari 100,000 km dikira high mileage.

Kereta low mileage ni macam mana?

Mungkin hanya dipandu dalam bandar je dan tak ada drive long distance. Tapi, biasalah di Malaysia kan panas dan highway yang kerap jem.

Dalam keadaan jem yang sekejap berhenti sekejap jalan, transmisi kereta lagi kerap bertukar gear akan bagi lebih banyak tekanan pada pemanduan.

Radiator pun perlu berkerja lebih untuk pastikan sistem penyejukan berfungsi dengan baik. Sama juga dengan sistem aircond kereta yang kena sejukkan kabin kereta yang bahang.

Kereta high mileage pula macam mana?

Kereta yang kerap dipandu untuk long distance. Kereta bergerak pada had kelajuan yang sama. Jadi, kereta lebih efisyen kerana transmisi tak perlu kerap bertukar gear.

Pada kelajuan yang tinggi, akan ada laluan udara melalui radiator dan menyebabkan sistem penyejukan dan aircond tak perlu berkerja lebih.

Kesimpulannya, kereta yang mileage nya lebih tinggi akan lebih cepat wear and tear. Tapi, jika kereta sentiasa diservis pada waktu yang sepatutnya, kereta dapat elak dari hadapi masalah.

Kereta yang rendah mileage ni ada potensi untuk lengahkan servis kereta sehingga mileage betul-betul dah capai. Semuanya terpulang pada cara penjagaan owner kereta sebelum tu.

Kami cuma nak bagitahu anda tak semestinya low mileage bagus dan high mileage tak elok. Anda perlu periksa dari segi bahagian-bahagian lain juga dan bukan semata-mata pada bacaan mileage!

SCRUT for the TRUTH!

1. Nak check auction report kereta recond?

https://www.scrut.my

2. Nak view kereta-kereta yang cantik ikut syarat SCRUT?

https://scrut.my/listing

3. Nak inspection kereta anda? Used atau recond? Untuk tujuan jual atau beli?

https://inspect.scrut.my

4. Nak SCRUT company?

https://interepo.com/

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/1228557317629445