fbpx

Kenapa kami keluar?

Mungkin ramai yang bertanya kenapa kami berdua ke depan dan mengenalkan diri kami. Ada yang risau, ada yang minta kami berhati-hati dan ada yang sampai nak jadi bodyguard kami.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa kami berdua ke depan dan mengenalkan diri kami. Ada yang risau, ada yang minta kami berhati-hati dan ada yang sampai nak jadi bodyguard kami.

Terima kasih kami ucapkan buat individu-individu, ngo-ngo, media-media dan persatuan-persatuan yang memikirkan tentang keselamatan kami.

Sebenarnya semua itu telah kami fikirkan sebelum kami memulakan Scrut.my. Segala risiko khianat, fitnah, dengki dan ancaman telah kami pertimbangkan. Ia adalah pilihan kami.

Kawan-kawan kami dan saudara mara kami juga terlibat dengan industri ini. Mereka-lah yang menjadi halangan perasaan kami. Tapi, demi kebenaran, kami diamkan sahaja. Niat kami baik, tujuan kami baik.

KAMI BUKAN NAK HANCURKAN INDUSTRI, KAMI MAHU MERPERBAIKI INDUSTRI!

Dari awal lagi kami tidak boleh bersembunyi kerana Scrut.my adalah legit entity. Dimiliki oleh syarikat kami, Ifcon Technology Sdn. Bhd. Payment gateway yang dibayar ditulis jelas ke Ifcon Technology. Bahkan domain Scrut.my juga tidak boleh disorok. Jika di-whois pasti akan tahu siapa pemiliknya.

Jadi, kami mengharapkan bukan sahaja sokongan tetapi doa dari anda semua. Ya, kami akan menjaga diri kami. Jangan risau. Apa pun, perancangan Allah mengatasi segalanya.

Jika apa-apa terjadi kepada kami, itu jalan yang kami pilih, yang kami sudah tahu akan segala risikonya. Buat anda mangsa-mangsa penipuan jangan gentar untuk menuntut hak anda. Yang masih belum menjadi mangsa..

Get SCRUT before WE get SCREWED!

www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/595558804262636