fbpx

Pejuang antivax wajib diambil tindakan!

Budaya SCRUT mesti dididik dari sekolah lagi. Jika tidak, mereka akan ditipu oleh para pejuang psuedoscience yang berkempen untuk menidakkan solusi sains moden.

Budaya SCRUT mesti dididik dari sekolah lagi. Jika tidak, mereka akan ditipu oleh para pejuang psuedoscience yang berkempen untuk menidakkan solusi sains moden.

Dalam masa yang sama mereka menjual produk “alami” kononnya. Jika budaya SCRUT telah tertanam di minda masyarakat, bukan sahaja kereta recond tipu mileage atau grade dapat ditangani, segala penipuan dapat dibanteras. Termasuk penipu psuedoscience.

Mencari kebenaran bukanlah rocket science. Jadi jangan mudah percaya dengan mana-mana puak yang menghukum sains moden dengan Yahudi, Rockefeller dan lain-lain.

Suka kami ingatkan, bahawa vaksin atau imunisasi telah lama wujud dan ia perubatan yang pernah diajar oleh al-Imam as-Syafie rahimahullah. Kata as-Syafie,

قال الشافعي:

إن شرب دواء فيه بعض السموم ، والأغلب منه أن السلامة تكون منه : لم يكن عاصياً بشربه ؛ لأنه لم
يشربه على ضرِّ نفسه ، ولا إذهاب عقله ، وإن ذهب” .

“Sesungguhnya meminum ubat yang mengandungi sebahagian racun di dalamnya, dan yang kebiasaanya kesihatan/kesembuhan akan terhasil daripadanya (ubat itu): maka dia tidak berdosa apabila meminumnya, kerana dia tidak meminumnya utk memudaratkan dirinya dan bukan juga untuk menghilangkan kewarasan akalnya walaupun akhirnya dia akalnya (kewarasannya) akan hilang.”

Ini menunjukkan method memasukkan racun/virus/bakteria yang dilemahkan untuk tujuan perubatan (vaksin/imunisasi) telah lama disebut oleh ulama’ Islam sebelum ilmu perubatan moden beralih ke barat.

Jangan lupa, as-Syafie bukan sekadar ahli usul, fiqh, hadith dan bahasa, beliau juga seorang tabib (doktor) di zamannya.

Ditulis oleh,
Dr. SCRUT & Maulana SCRUT
www.scrut.my

Original Post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/724980634653785