fbpx

“Kita Hanya Jual Kereta Yang Mileage Rendah Dan Bergred A Sahaja”

Beberapa bulan lepas, aku ada beli kereta recon Jepun. Macam biasalah, mesti banyak soalan yang aku tanya. Benda nak commit bertahun-tahun kan. Yang aku perasan, semua salesmen akan jawab benda yang sama. Kata mereka seiring sekata seperti berikut,

“Kita hanya jual kereta yang mileage rendah dan bergred A sahaja.”

“Kereta condition memang tiptop, tak pernah accident, tak pernah masuk air (banjir).”

“Owner jarang guna sebab tu mileage rendah.”

“Interior semua macam baru, takda kesan wear and tear pun.”

Jawapan-jawapan standard sebegini memang dalam jangkaan aku. Mungkin sebab penjual tahu yang pembeli macam aku tak akan tahu keadaan kereta yang sebenar di Jepun. Untuk pengetahuan semua, setiap kereta-kereta recond dari auction Jepun ni ada laporan yang tersendiri. Laporan ni memang ada pada penjual juga. Tapi mana mungkin dia nak share dengan kita. Masa aku beli kereta aku tu, memang aku takda pilihan melainkan terima saja apa penjual itu bagitahu.

Cerita menarik bermula di sini. Kita biasa dengar penjual kereta recond ni akan pusing meter mileage nak bagi nampak rendah. Tapi kita tak boleh nak buktikan selagi tak dapat laporan yang sah dari auction sheet. Kelmarin, aku terdengar seorang sahabat aku telah siapkan sistem untuk dapatkan laporan tersebut. Yang kau perlu dapatkan hanya no chasis. Setakat nak dapat nombor chasis ni memang tidak susah. Boleh je minta terus dari penjual. Dia akan bagi.

Walaupon aku dah beli kereta recon, aku tetap nak check juga untuk kepuasan diri. Dengan serendah RM50, bagi aku memang berbaloi untuk beli laporan tersebut. Aku memang tak terkejut sebab memang betullah khabar angin selama ni. Memang betul mileage asal telah ditukar!!! Kalau ikut laporan auction sheet sebenar, mileage kereta aku sepatutnya 27k tapi masa aku beli kereta baru aku tu meternya menunjukkan 12k.

Sah, memang terkena. Kalaulah ada sistem ni dari awal, pasti banyak aku beli. Senang sikit nak pilih kereta. Benda ni memang wajib bagi orang yang nak beli kereta recon. Nak “commit loan” bertahun-tahun, berbaloilah korang invest RM50 untuk dapatkan laporan kereta yang korang nak beli ni. Kesian sangat orang yang kurang bernasib baik. Lepas beli, baru tau kereta tu dh tak sedap dan penuh dengan masalah “wear n tear”.

Pusing meter ni mungkin benda normal tapi at least korang aware berapa mileage yang asal. Pastikan tak lari jauh sangat dengan mileage yang dah diubah. Selain itu, dalam laporan juga ada mununjukkan gred kereta. Yang aku faham, lagi tinggi lagi bagus. Macam kereta aku, gred 4. Kira oklah. Condition interior pula aku dapat gred A.

Untuk korang yang nak guna servis ni, boleh klik web dibawah:

Auction Report Kereta Recon

Mamat yang buat sistem ni memang seorang programmer tempatan yang hebat. He is really good at what he does. Aku memang sikit pon tak pernah meragui kebolehan dia ni. Semua sistem yang dia pernah bangunkan sangat osem, reliable, berintegriti dan genuine. Selain tu, dia ni memang selalu fikirkan penyelesaian kepada masalah-masalah di Malaysia melalui bakat yang dia ada. So aku memang akan support dia no matter what.

Benda ni bukan nak buruk-burukkan mana-mana penjual kereta recon tapi untuk beri awareness sebagai pembeli dan pengguna. Siapa lagi nak mulakan, kalau bukan kita sebagai pengguna!

Tulisan Asal: https://www.facebook.com/muaz152/posts/10157314485119507