Bila orang beli kereta, dia bukan beli besi semata-mata. Dia beli harapan. Dia beli keselamatan untuk anak bini. Dia beli komitmen bertahun-tahun dengan bank.
Tapi sayangnya, i masih ramai yang ambil kesempatan.
Odometer diubah supaya nampak “low mileage”. Kereta bekas banjir dikeringkan, cuci cantik-cantik, lepas tu jual macam tiada apa berlaku. Kereta kemalangan teruk disolek sampai luar nampak lawa, dalamnya rangka dah lari.
Ayat pula sedap-sedap: “Owner perempuan pakai.” “Pakai pergi surau saja.” “Accident sikit je bang, tukar bumper.”
Realitinya? Ramai hanya tahu kebenaran selepas duit habis dibayar. Loan dah sign. Nama dah tukar. Nak patah balik, susah.
Ini bukan isu bangsa. Bukan isu siapa penjual. Ini isu integriti.
Kalau kita beli tanpa semak, kita sebenarnya sedang berjudi dengan duit sendiri.
Jangan terlalu percaya pada ayat manis. Percaya pada fakta. Semak dulu sebelum beli.
Sebab dalam dunia kereta terpakai… Yang cuai akan jadi mangsa.
#PenipuanKereta#SemakSebelumBeli#ElakKenaTipu#scrutcheckdulu#scrutmenduniatahun2026#usedcardealertipuapahariini#scrut#beritasemasascrut#sharing
Original post: https://www.facebook.com/reel/1250647423717157
You must be logged in to post a comment.