Penjual kereta tipu odometer dari 620,000 KM kepada 117,000 KM

Admin
in SCRUT On Media
Jun 8 ·

Dalam laporan SCRUT ni, odometer terakhir direkodkan ialah 620,608 KM. Dan paling menarik pada tarikh claim 2021, odometer juga direkodkan sekitar 620,608 KM.

Kemudian pada 2024, odometer tiba-tiba jadi 117,265 KM.

Logik ke meter jalan undur dari 620 ribu turun jadi 117 ribu?

Itu bukan silap mata ya.

Itu bukan mainan bayangan gurauan.

Itu kemungkinan besar ODOMETER “TAMPERING.”

Ramai pembeli nampak nombor 120k terus rasa “ok lagi ni, low mileage”.

Tapi bila kita tengok rekod claim insurans, sejarah kemalangan, dan bacaan odometer semasa claim dibuat di situlah cerita sebenar keluar satu persatu.

Kes kereta ni ada 4 claim kemalangan

Max severity SEVERE

Bacaan mileage tak konsisten

Amaran kemungkinan ubah meter

Kereta boleh dibaiki semula dan dijual, tapi penjual kereta janganlah tipu rekod atau sejarah. Kerana sejarah tidak boleh ditutup dengan penipuan.

Kalau odometer masa kemalangan pertama dan kedua tak sama atau tak masuk akal, itu tanda ada benda yang cuba disembunyikan.

Sebab itu sebelum bayar deposit, sebelum sign loan 7–9 tahun, sebelum terpedaya dengan ayat “kereta cantik boss, owner pakai pergi surau je”.

Semak dulu.

SCRUT bukan nak jatuhkan penjual.

SCRUT cuma bagi fakta.

Keputusan di tangan pembeli.

Nak percaya cerita

Atau nak percaya data.

SCRUT dulu!

Selamat berbuka.

#scrut#beritasemasascrut#scrutmenduniatahun2026#usedcardealertipuapahariini

Original post: https://www.facebook.com/scrut.my/posts/pfbid02xx5st1yudfBngZqPMpfBmz4CWyhCkfuNzgi8J8YrTToyk88pjzWWxwWAh4fAggEfl

    Leave a Reply
    created with