fbpx

Renew Roadtax ketika dan selepas PKP atau Insurans Secara Online kini lebih Bijak

Di kala waktu pendemik ini, banyak kereta yang kurang berjalan malah ada yang tidak memberharuai cukai jalan atau roadtax dan insurans kereta kerana kurang memakai kenderaan untuk ke pejabat. Namun setelah kita beralih kepada fasa yang baru dan vaksinasi di kalangan rakyat hampir mencapai 80% . Kini terdapat banyak pejabat telah pun di buka dan kembali bekerja di pejabat seperti normal. Walaubagaimana pun pejabat JPJ masih menjadi tempat sesak untuk kita melakukan aktiviti renew roadtax kereta mahupun motor.

Long queue as JPJ office reopens doors | The Star

Sebagaimana saranan kerajaan, tempat-tempat sesak haruslah di elakkan. Jadi bagaimana anda ingin memperbaharui atau renew cukai kenderaan? Segalanya boleh dilakukan secara maya atau pun online dengan servis yang di berikan oleh pihak pelbagai syarikat.

Renew Roadtax dan Insurans Kereta dan Motor Online dengan lebih bijak untuk mengelakkan penularan Wabak Covid-19 di Malaysia.

Apa itu Cukai Jalan atau Road Tax?

Roadtax adalah cukai yang di kenakan kepada setiap pemilik kenderaan atau motor yang ingin memandu secara sah di jalan raya. Harga cukai kenderaan atau roadtax ini tergantung kepada size capasiti kenderaan bermotor tersebut dan juga tempoh yang anda ingin aktifkan samaada untuk tempoh 6 bulan atau tempoh 12 bulan. Secara amnya pemilik kenderaan menghidupkan cukai jalan atau roadtax selama tempoh 12 bulan untuk memastikan tarikh tamat tempoh sama dengan insurans yang sudah di beli

Apa itu Insurans kereta atau insurans motor?

Setiap pembeli kereta atau motor telah sedia maklum bahawa untuk mendapatkan perlindungan ketika berlaku apa-apa musibah iaitu kemalangan, kecurian atau sebagainya, setiap pemilik kenderaan haruslah mempunya Insurans. Insurans dapat membantu mengurankan kos sekiranya berlakunya musibah terhadap kereta atau motor pemilik. Kami syorkan bagi orang yang beragama islam untuk mendapatkan insurans takaful untuk perlindungan. Perbandingan harga insurans takaful dapat di semak secara online di Carver.my