fbpx

Cult onexox- cyberbully dan harassment, adakah patut syariah?

Satu demi satu individu telah membuat pengakuan, mengadu dan menceritakan kepada kami tentang betapa keji dan jahatnya bangsa langau hijau Onexox. Mereka ini adalah komuniti “cult” yang akan melakukan cyberbully dan harassment ke atas sesiapa sahaja yang mengkritik atau memberi pandangan berbeza terhadap Onexox.

Gerakan menjatuhkan scrut dan cyberbully bangsa langau hijau

Tadi, ada seorang mangsa buli dan harrassment bangsa langau hijau hantar screenshot dari group langau hijau. Screenshot tersebut menunjukkan ada gerakan nak report page SCRUT.

Scrut company akan dilancarkan

Carian yang dia buat adalah syarikat PDM Builders yang telah mendapat surat “blessing” dari MOF untuk projek bernilai RM450 juta. Jadi kami ingin tau siapa dan apakah yang ada disebalik PDM Builders.

Kalau tiba-tiba seorang chairman syarikat kereta recond proxy-non-bumi dengan 0.007% saham kata semua kereta yang diimport syarikat dia 100% tiptop condition? Kau nak percaya?

Dengan auction report, JRC, MOT report dan lain-lain telah membuktikan syarikat dia menipu. Tiba-tiba chairmain dia buat official statement kata dia tak menipu? Kau nak percaya?

Siapa boss? Chairman 0.05%? CEO Bankrap? atau pemilik tandatangan khat berwarna merah?

Semalam, seorang dealer Onexox telah tunjukkan memo yang ditandatangani dengan tulisan khat berwarna merah. Katanya memang selama ini “syariat” Onexox memang turun dari satu lagi anak syarikat Xox Bhd. iaitu XoX Mobile.